Kunjungan SPRM untuk maklumkan penahanan pegawai kanan Yayasan Selangor
SHAH ALAM, 25 Nov - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor yang diketuai oleh Pengarahnya, Datuk Jaafar Maahad di pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.
Kunjungan SPRM itu bertujuan memaklumkan kepada Menteri Besar berkenaan penahanan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor yang dikaitkan dengan penganjuran majis sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang didakwa melebihi RM300,000.
Pihak Sekretariat Akhbar ingin memaklumkan bahawa kunjungan SPRM itu bukan bertujuan mengambil keterangan daripada Menteri Besar seperti yang dilaporkan media hari ini.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

No comments
Post a Comment