Dr Asri: Jangan Buruk Sangka, Berlapang Dada
Jangan Buruk Sangka, Berlapang Dada:
Jika Tidak, Bagaimana Nak Jadi Penguasa Saksama?
Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI sebagai contoh, seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan. Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai. Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi.
Namun hari ini, hanya beberapa hari kemudian para penganalisa politik juga mengakui bahawa PR kehilangan momentum (lihat: Polls wins reveal a focused Umno, floundering Pakatan, say analysts).
Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap ‘buta warna parti’ saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan ‘manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat’. Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan ‘kenangan semalam’, sebaliknya mereka juga terikat dengan ‘realiti hari ini’ dan ‘impian masa depan’. Aliran politik yang mampu menyedarkan tentang ‘kisah semalam’, membuktikan kebaikannya pada realiti hari ini, dan dapat memberikan keyakinan tentang mimpi hari esok akan mempunyai momentum yang kuat di persada politik demokrasi.
Maka, membentangkan kepada rakyat sejarah politik lepas, mempertontonkan kepada rakyat ketinggian nilai politik yang disanjung dan membuat perancangan jelas untuk masa depan; akan menjadi pilihan rakyat yang bijak. Atau, jika itu tiada pada mana-mana parti; rakyat akan memilih apa yang mereka rasa paling mendekati unsur-unsur tersebut.
Sebab itu, jangan hairan jika ‘momentum Barack Obama’ boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan. Walaupun kempennya hebat, tetapi apabila dia berada di pentas realiti, penilaian rakyat mula berbeza. Apakah mereka yang kurang momentum daripada Obama dan gagal memperlihatkan keharmonian dan kesantunan dalam parti sendiri mampu meneruskan momentum yang lepas?
Ertinya, jika ini berterusan, PR mula kehilangan momentum. Banyak sebab, mungkin. Salah satunya ubat bagi saya; keperluan ‘mentajdidkan’ pemain utama (main player). Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang!
Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!
-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

No comments
Post a Comment