Dua Tahanan Warga Nigeria Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke KLIA
PUTRAJAYA, 11 Nov (Bernama) -- Dua warga Nigeria berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal, Rabu malam.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam berkata kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran.
Bagaimanapun, difahamkan van Jabatan Imigresen yang membawa Solomon Udo Eneh dan Osuji Chinedu, bersama seorang lagi warga Palestin, singgah di sebuah stesen minyak sebelum dua lelaki yang bergari itu bertindak melarikan diri.
Mahmood berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, dua pegawai Imigresen yang mengiringi tahanan tersebut telah digantung tugas dan usaha menjejak dua warga Nigeria itu sedang berjalan dengan bantuan polis.
"Pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.
Bagaimanapun, katanya, warga Palestin yang berada dalam kenderaan itu tidak melarikan diri dan dia rela dihantar pulang ke negara asalnya.

(1).png)

No comments
Post a Comment