Laporan FMT tidak tepat
SHAH ALAM, 13 Nov – Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan laporan yang dikeluarkan Free Malaysia Today (FMT) berhubung proses permilihan KEADILAN cabang itu pada 26 Oktober lalu sebagai tidak adil.
Ini kerana apa yang didakwa berlaku dalam proses pemilihan itu belum dipastikan kebenarannya dan kenyataan yang disiarkan itu boleh dipersoalkan.
FMT dalam laporannya mendakwa, berlaku pengundian lebih daripada sekali oleh individu yang sama dan dalam laporan itu tersiar senarai nama dan nombor kad pengenalan inividu yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan.
Dr Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, menganggap tuduhan itu tidak berasas dan perlu dirujuk ke peringkat atasan KEADILAN untuk siasatan lanjut.
“Tuduhan itu menunjukkan bahawa ada pengundian tidak sah, yang mana seorang pengundi telah mengundi sebanyak dua kali,” jelasnya dalam satu sidang media selepas Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.
Menurutnya, FMT tidak sepatutnya menyiarkan laporan itu dengan butiran lengkap termasuk nama dan nomobor kad pengenalan ahli tanpa mendapatkan pengesahan.
“Kita ada lapan ribu lebih nama, tidak sukar untuk cari kalau ada kesilapan, jadi saya nak dia bawa bantahan ini kepada pusat untuk disiasat,” jelasnya.
Katanya, ini disebabkan dalam senarai itu petugas akan potong nama pengundi yang telah mengundi, jadi soal pengundi mengundi dua kali sepatutnya tidak timbul.
“Saya minta pusat buat siasatan dan saya terbuka dalam soal ini,” katanya lagi.

(1).png)

No comments
Post a Comment