Pandangan Isu Anwar Dan Serangan Najib: Undi itu hak anda.

Seorang tokoh politik tanahair yang pernah keluar UMNO memberitahu saya, katanya,' lebih baik kamu berkawan dengan orang yang kamu kenal dan tahu tahap kejahatannya daripada kamu berkawan dengan orang yang dikatakan baik tapi kamu tidak tahu apakah sebenarnya kebaikan yang ada padanya'. Ingatan yang saya pegan sehingga hari ini.

Desakan supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik, dengarnya macam baik tapi belum tentu desakan itu ada kebaikan kepada rakyat dan negara kerana orang yang menyuruh Anwar Ibrahim itu bersara hakikatnya kita tidak tahu apa tujuan sebenar.

Sepatutnya mereka itu tak paya menyuruh Anwar Ibrahim bersara dari politik, sekiranya mereka tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim mereka boleh terus berkerja memikat hati rakyat supaya jangan mengundi parti yang didokong oleh Anwar Ibrahim iaitu PKR.

Agaknya mereka sudah hidu bahawa Pakatan Rakyat mendapat tempat dihati rakyat dan oleh kerana mereka tahu kehadiran mereka tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim maka mereka suka-suka bercakap supaya Anwar Ibrahim bersara dalam politik, mereka gunakan berbagai-bagai platfom termasuk mengunkaan NGO dan media arus perdana.

Pelik benar bunyi, ada orang suruh Anwar Ibrahim bersara kerana moral dan sudah tua sedangkan orang yang bercakap itu pengaruhnya tidak kemana kalau hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Seperti bumi dengan langit. Biarlah rakyat ramai yang menentukan sama ada Anwar Ibrahim layak jadi pemimpin negara kerana malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokerasi, pilihanrayalah tempatnya untuk mengukur kemampuan seseorang itu.

Sekiranya rakyat merasakan Anwar Ibrahim menjadi beban kepada negara maka rakyat boleh menolak parti Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti, tak payah suruh Anwar Ibrahim berhenti, lawanlah secara 'jantan' jangan lawan secara ugut mengugut, kumpulkan segala kekuatan yang ada dan lawan.

Dalam politik berkempenlah mengenai dasar dan kemajuan, tak usah dijaja soal peribadi yang rakyat semua sudah tahu kerana rakyat telah faham akan istilah telunjuk lurus keliking berkait, berdepanlah dengan berlapang dada dan serahlah kepada rakyat menentukan, siapa yang boleh dan tidak boleh melakukan ketelusan dalam pemerintahan.

Hari ini kita masih lagi hidup aman dan mewah, apakah keadaan ini akan berterusan dengan gelagat para pemimpin UMNO dan Kerajaan yang tiap ketika meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti dan negara, apakah kita harus menunggu sehingga satu hari nanti rakyat terpaksa berebut untuk mendapat sekeping roti, baru kita mahu bercakap bahawa pemimpin hari ini adalah terlalu sombong dan angkuh. Dan baru kita sedar.

Jangan terlambat, tirulah macam saya.

http://newkk.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.