Pujian untuk memperalatkan Nurul Izzah?
Mungkin tidak keterlaluan seandainya keluarga Anwar Ibrahim diberi gelaran Keluarga Pertama Reformasi. Bekas Timbalan Perdana Menteri ini dipecat dari jawatannya pada tahun 1998, dan kemudian isterinya pula menggalas gerakan Reformasi yang dicetusnya. Sementara keluarga ini menerima impak secara langsung daripada pergelutan kuasa negara, riak muka anggotanya pula mencerminkan wajah politik tanahair.
Reformasi selepas tsunami politik 8 Mac 2008 telah memasuki fasa barunya. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memikul harapan untuk menawan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat - kini sedang melalui proses pemilihan dalam partinya. Sekali lagi, interaksi dalam "Keluarga Pertama Reformasi" ini menjadi tumpuan media.
Malah, keluarga ini dikatakan bercanggah pendapat dalam isu penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, yang ditafsir umum sebagai "pengganti Anwar" pada masa depan. Azmin Ali, meskipun diiktiraf sebagai "pengikut setia" Anwar Ibrahim, "diuji dan teruji" sepanjang 12 tahun, dikatakan tidak disenangi Presiden PKR Wan Azizah Ismail, bersama anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar.
Anwar: Ada orang cuba memperalatkan Nurul
Barangkali ia sekadar persepsi, tapi mungkin juga ia strategi. Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menyertai PKR pada Jun 2009, berdolak dalik apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Zaid Ibrahim yang sebelum ini "sanggup memberi laluan kepada Khalid Ibrahim", mengubah pendirian untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah, seandainya ahli poltik berusia 30 tahun ini sudi bertanding untuk kerusi kedua dalam parti.
Malah, Zaid Ibrahim tidak kedekut untuk memberikan pujiannya, "Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang." (dipetik daripada laporan Malaysiakini)
Ia membuka lembaran pertikaian sama ada Nurul Izzah layak untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. Nurul Izzah bagaimanapun tetap enggan menyinggung Zaid Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan pemimpin lain dalam parti - pendirian berkecuali yang cukup diplomatik dari satu segi, tetapi pada masa yang sama meletakkan bapanya dalam keadaan yang tidak begitu selesa.
Ketua Umum PKR yang juga mahu dilihat bersikap berkecuali sejak awal lagi, akhirnya terpaksa meluahkan apa yang terpendam,"Walaupun saya ayahnya, tetapi beliau (Nurul Izzah) turut mempunyai pendapatnya sendiri. Biarlah beliau sendiri yang menentukan, ia tidak mudah tetapi saya bangga dengan pendirian beliau."
Demikianlah kata-kata Anwar Ibrahim (gambar kiri) dalam satu sidang media pada 14 Oktober 2010, dua hari sebelum pencalonan pemilihan parti peringkat pusat. Namun, mungkin ada sesuatu yang tersirat di sebalik peringatan Anwar yang berbunyi, "Biar beliau (Nurul) tentukan, jangan memperkecilkan kebolehannya, dia pun tahu, ada orang betul-betul sokong, ada orang cuba memperalatkan, itu perkara biasa."
Dari kaca mata Nurul...
Seandainya kata-kata Anwar itu ditujukan secara terbuka kepada anak sulungnya, Nurul Izzah, apakah pula tafsiran penerima mesej ini? Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di kafe ahli parlimen semalam, Nurul Izzah Anwar memberi jawapannya.
"Tengok, kita perlu faham. Saya ingat, semasa ucapan di England, ucapan pertama saya tahun 1999... Saya memberi ucapan di Queen Marry University. Dan lepas tu ada orang menulis memuji saya. 'Soal jawab begitu bagus, begitu baik', saya berkhabarkan kepada ayah saya. Dan beliau berkata, ini hanya satu surat, daripada ratusan yang hadir. Tidak semestinya satu surat itu menggambarkan pendapat semua yang hadir..."
Nurul (gambar kanan) bermula dengan mengimbas kisah lama, "Apa maksud daripada kenyataan tersebut? Kita kalau pujian ni, kita ambil, jangan ambil terlalu serius. Kita kena faham. Sama seperti keadaan sekarang. Ada cubaan untuk memuji saya, cuba melaga-lagakan antara pimpinan dalam parti. Jadi saya tahu apa yang sedang berlaku. Namun, ia juga membawa saya kepada kesedaran dan kesediaan untuk berdiri di atas kekuatan saya sendiri."
"Mungkin tidak ramai yang setuju. Mungkin ada yang memusuhi ataupun tidak suka dengan kenyataan saya, tapi itu kenyataan yang saya percaya...so, walau setengah pihak memilih untuk menjawab dengan cara yang lain, saya tidak berganjak. Saya merasakan untuk jawatan nombor dua, jawatan itu kalau dipilih oleh pengundi, oleh ahli PKR... jawapan itu tidak sepatutnya keluar dari mana-mana calon Naib Presiden atau calon-calon lain.," katanya, yang tetap berpegang kepada pendirian "neutral", iaitu tidak berpihak kepada sesiapa.
Pujian Zaid Ibrahim pada 7 Oktober 2010 itu kemudian dibangkitkan dalam wawancara. Nurul Izzah berkata, "You tahu apa jawapan saya mula-mula, bila ditanya oleh media? Dia (media) tanya apa keputusan YB? Saya kata, siapa Dato Zaid Ibrahim untuk menyatakan saya ini layak? Yang boleh memberi maklumat tentang kelayakan saya adalah JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) dan pihak pusat. Mereka yang memutuskan saya layak atau tidak."
"Jadi saya hargai kenyataan beliau (Zaid Ibrahim) tapi it's a non-starter kalau tak layak. Itu hakikatnya. Tapi pada masa yang sama, saya menghormati beliau selaku Pengerusi Majlis Wilayah Persekutuan untuk Keadilan, telah memberi strategi dan visi yang baik untuk keadilan mengekalkan kemenangan di bandar-bandar, kerusi-kerusi parlimen."
Nurul menyambung, "Jadi, saya menghormati pendirian beliau, visi beliau, tapi tidak bermaksud tidak ada benda yang...ada juga saya tidak bersependapat. Tapi pada saya, kita bertarung dalam satu keluarga. Jadi kalau kita bertarung dalam satu keluarga, pergaduhan ataupun pertandingan adik beradik, jadi buatlah macam cara adik-beradik."
Di sebalik pujian...
Biarpun berulang-kali disifatkan sebagai pertarungan dalam satu keluarga, namun dunia politik tidak terpisah daripada percaturan strategi dan taktik. Setiap gerak-geri ahli politik akan dikaji motif yang tersirat di sebaliknya, lebih-lebih lagi mereka yang meragui keikhlasan Zaid Ibrahim dalam konteks ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah motif di sebalik pujian tersebut?
"Beginilah, saya tidak suka untuk meneliti kenyataan sebegitu. Yang terbaik untuk menjawab adalah benam. Pada saya, sekarang kita pergi kepada visi beliau (Zaid Ibrahim) selaku jawatan Timbalan Presiden. Itu yang lebih penting. Kalau memang beliau nak memenangkan diri beliau, jadi ahli-ahli perlu dimaklumkan tentang visi beliau. Sama seperti YB Azmin."
"Jadi, untuk isu sama ada beliau memuji saya, saya hargai. Tentunya, siapa yang tidak? Pada masa yang sama, adakah itu akan memastikan saya akan berdiam diri sahaja mengikuti satu aliran? Tidak."
Menjawab kepada spekulasi bahawa dirinya dilihat memihak kepada Zaid Ibrahim, sementara Anwar dilihat menyebelahi Azmin Ali, Nurul Izzah cuba menyangkal dakwaan tersebut.
"Saya rasa kamu perlu tengok track rekod saya. Di mana saya berceramah untuk pemilihan, saya berkempen di mana? Saya berkempen di Kuala Pilah, Dato Kamarul ada, Shamsul Iskandar ada. Dan di Kuala Pilah, ada banyak lagi calon lain. Saya juga berkempen di Melaka, di Alor Gajah. Siapa ada? Dato Zaid ada situ, berkempen sekali, dan juga beberapa calon lain. Kemudian di Pahang. Di Pahang, yang ada bersama adalah YB Azmin Ali, di Kuantan. Dan di Perak, yang bersama saudara Mustaffa Kamil Ayub."
Beliau meneruskan, "Saya rasa, kita perlu wujudkan medan di mana semua calon patut bersuara, bertemu dengan ahli. Itu medan yang paling saksama. Jadi, dalam ucapan saya, saya kata, saya serahkan kepada ahli-ahli untuk memilih. Jadi pilihlah dengan baik, yang ada integriti, yang ada visi yang boleh menggerakkan ke depan untuk parti."
"Jawatan nombor dua. Jawatan nombor dua bukan jawatan yang senang, terutamanya dalam konteks kita berdepan dengan banyak cabaran kepada Ketua Umum. Jadi kepada saya, yang lain kalau nak spekulasi, spekulasi. Saya tidak lihat...(tapi) Akan menjadi kerugian kepada kita kalau kita meminggirkan mana-mana pimpinan. Parti kita ini parti yang hanya boleh berjaya bila reformasi mekar dalam parti. Bila kita dapat menggamit harapan dan imaginasi masyarakat luar."
Beliau menyimpulkan, "Kalau kita inward looking (lebih mengambil berat hal ehwal diri), lupa tentang isu-isu yang relevan di luar, you should just close shop (kamu harus gulung tikar sahajalah). Itu pandangan saya."
Berunding dengan sesiapa sahaja
Desas-desus tidak terhenti begitu sahaja. Rundingan demi rundingan berlangsung sebelum hari pencalonan. Wartawan senior The Star, Joceline Tan dalam kolumnya Anwar puts his foot down pada 17 Oktober, mengisahkan bagaimana rundingan berlaku di antara Zaid Ibrahim dengan tiga orang wanita, bernama Wan Azizah, Nurul Izzah dan Faekah Husin (Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim), sebelum hari pencalonan pemilihan PKR peringkat pusat.
"Pada saya, dalam konteks parti, tidak ada salah saya berunding dengan sesiapa sahaja untuk mana-mana jawatan dalam parti. Saya pun bertemu dengan YB Azmin Ali (gambar kiri) dengan saudara Mustaffa Kamil Ayub, dan juga Dato Zaid Ibrahim sebelum memberikan kertas pencalonan saya," akui Nurul Izzah, yang enggan berasa apologetik kerana ianya bukan pertemuan dengan orang luar dari parti lain.
"Ini parti sendiri, kenapa nak jadi masalah? Kenapa nak jadi satu yang kontroversi?" beliau mempersoalkan.
Bagaimanapun, keputusan Nurul Izzah yang berubah-ubah, dari "tumpu kepada cabang Lembah Pantai" (tidak bertanding di peringkat Pusat), hinggalah "menawarkan diri di barisan Naib Presiden", dan memberi persepsi "mungkin bertanding untuk Timbalan Presiden" pada saat-saat akhir, turut mencungkil kesangsian. Nurul sebenarnya mempunyai ruang di sayap AMK mahupun Wanita, bahkan mungkin lebih senang diterima jikalau bertanding untuk mendapatkan kerusi di Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Nurul (gambar kanan) cuba menjustifikasikan dengan alasan mendekatkan keperluan generasi muda dengan parti, namun alasan ini agak lemah untuk menyanggah tafsiran sesetengah analisa, bahawa beliau menyasarkan Naib Presiden kerana mahu mengimbangi kuasa Timbalan Presiden, seandainya dimenangi Azmin Ali.
"Kenapa perlu berpaksi atau bertumpu kepada YB Azmin? Mungkin Dato Zaid akan menang. Mungkin Mustaffa Kamil Ayub akan menang. Jadi, bagaimanakah boleh terus dirumuskan bahawa keputusan saya hanya ditumpukan pada Azmin? Pada saya, you make the wrong decision sebab you make it based on your supposed enemy."
Menyedari realiti bahawa "lebih tinggi kita menaiki tangga sosial politik, lebih banyak lagi serangan yang dikemukakan", beliau tetap mahu meluahkan pandangannya, "Tapi bagi saya, dalam mana-mana parti sekali pun, bila ada banyak power bases, lebih sihat budaya parti. Itu pandangan peribadi saya."
Parti Keluarga
Akhirnya Nurul Izzah bertanding untuk jawatan Naib Presiden, dan setakat ini sedang meraih undi kedua tertinggi, selepas Tian Chua. Dengan Ketua Umumnya Anwar, Presidennya Wan Azizah, dan seandainya Naib Presidennya Nurul Izzah, ia semestinya mengundang kritikan nepotisme.
"Pada saya begini, Parti Keadilan Rakyat adalah parti pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan sistem satu orang satu undi (untuk pemilihan pucuk pimpinan pusat). Jadi, (yang) memilih saya, bukan di kalangan perwakilan sekalipun, tapi ahli ahli Keadilan. Dan hakikat bahawa saya ini menawarkan diri saya dalam satu pemilihan, ada kebarangkalian, mungkin ada yang menyokong ada juga yang bakal menolak. Ada orang akan rasakan mungkin tak patut wujudkan parti keluarga."
Sememangnya, situasi ini bakal meletakkan Nurul, malah partinya pada satu kedudukan yang menyukarkan mereka untuk mengkritik Khairy Jamaluddin (menantu bekas PM Abdullah Ahmad Badawi) dan Mukhriz (anak bekas PM Mahathir Mohamad).
"Pada saya, bila kita letakkan kepada kematangan pada pengundi, ahli, soal lain, soal kedua. Sama ada mereka nak bandingkan, perbandingan memang terus begitu. Kepada saya, kita berpijak pada kredibiliti. Saya kata, satu perkara, nepotisme tu apa? Nepotisme adalah bila berlakunya hubungan kekeluargaan yang melibatkan pemberian satu projek ataupun habuan oleh seseorang yang memegang jawatan tinggi kerajaan. KERAJAAN." Beliau menekankan perkataan terakhir.
"Adakah ayah saya sekarang memegang jawatan dalam kerajaan? Tidak. Dan saya tidak mendapat jawatan kabinet misalannya, daripada hubungan kekeluargaan itu. Beliau bukan Perdana Menteri, saya bukan daripada pimpinan. Ya, pada saya begitu. Jadi bila orang membuat persepsi sekalipun, saya fikir cukup dengan saya katakan, saya sudah katakan latarnya, saya anak reformasi, kedua, sistem pemilihan satu orang satu undi."
Wartawan cuba mendesak lagi, melontarkan andaian jikalau PKR sampai ke Putrajaya?
"Oh, PKR sampai ke Putrajaya sudah lain. Saya sudah jadi VP. Maksudnya saya sudah jadi VP ketika itu. Dan tentunya, tidak semestinya hanya keputusan berpihak kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Keputusannya berpihak kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat. Tapi pada saya itu soal kedua."
Beliau menjelaskan, "Kerana pertamanya Pilihan Raya Umum ke-13 ni. Itu tumpuan saya. Kalau lihat dari ucapan saya, saya jarang sebut Putrajaya. Saya lebih suka mengatakan tumpuan kita PRU-13. Musuh kita BN, UMNO. Jangan lupa. Walaupun kita bertengkar sama kita, itu tumpuan kita. Lepas sampai Putrajaya tu siapa nak jadi menteri dia ambil-lah."
"Itu soal kedua. Itu dah mudah pada saya. Itu bukan satu masalah yang besar. Nanti tanya lagi lah. Kalau dah berlaku, menang, tanya balik saya, boleh?" katanya kepada wartawan.
Ketika ditanya apa pula agenda reformasi politik yang diutamakan, Nurul menjawab, "Tema saya adalah Politik Harapan dan Pembebasan. Di mana saya fikir negara ini sekarang diselubungi ataupun terperangkap dalam politik perkauman dan kebencian yang diuar-uarkan oleh kumpulan-kumpulan sempit... Dalam UMNO, dan saya fikir dia tidak membantu kita. Kita perlu melakar satu skrip baru untuk masyarakat Malaysia generasi baru secara keseluruhannya..." (Bahagian pertama, bersambung)
Bahagian kedua: Nurul Izzah: Dia bukan Anwar kalau tak berjuang untuk kepercayaannya
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Tan Pek Kwan di kafe ahli parlimen pada 3 November 2010.

No comments
Post a Comment