Surat terbuka kepada RM: Namakannya Festival Busana 1-Malaysia
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin." (Maksud Ayat 20 Surah Al-Zaariyat)
***
BUAT tatapan Datin Seri RM dan sekalian rakyat Malaysia yang dihormati; saya terpanggil menitipkan warkah ini kerana sifat saya yang antara lain sebagai penulis, guru, bapa, suami dan paling penting sebagai seorang Muslim yang wajib mempertahankan kesucian Islam sehingga titisan darah terakhir.
Kini terpampang di depan mata saya melalui alat sebaran media massa betapa Datin Seri telah mempromosikan apa didakwa sebagai fesyen pakaian Islam melalui Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival, IFF) yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco pada Ogos lalu.
Apa yang janggal adalah penggunaan perkataan ‘Islamic’ itu pada majlis memperagakan pakaian tidak Islamik, yang apabila digunakan akan turut membabitkan saya sebagai seorang Muslim walaupun zahirnya saya berada ribuan kilometer daripada tempat festival berlangsung.
Selain mengguris perasaan saya sebagai seorang Muslim, saya juga akan berhadapan dengan beban daripada apa yang dibuat pemimpin. Demikian juga perlakuan maksiat lain yang semakin menjadi-jadi dalam negara sehingga muncul Sekolah Harapan untuk remaja hamil.
Perlakuan maksiat dan kebobrokan lain mengundang bala daripada Allah SWT. Apa yang menakutkan, bala itu bukan terkena kepada perlaku maksiat saja tetapi menimpa semua orang. Tidak terbacakah Datin Seri akan nasib kaum Ad, Lut dan sebagainya dimusnahkan semuanya oleh Allah SWT kerana kemungkaran mereka?
Sebagai rujukan dekat, sudah terlupakah Datin Seri akan tsunami Disember 2004 yang mengorbankan ratusan ribu nyawa di rantau Asia; di Aceh saja 200,000 orang maut manakala keadaan wilayah itu bagaikan padang jarak padang terkukur.
Hal inilah yang menakutkan saya, jadi sebagai seorang penulis saya bertanggungjawab mengingatkan akan bahana ini. Selepas menerima teguran daripada pelbagai pihak yang saya berharap sampai ke pengetahuan Datin Seri, terpulanglah kepada Datin Seri untuk berubah atau tidak, tetapi satu hal yang saya berharap Datin Seri lakukan adalah ubahkan nama festival itu pada masa depan; gugurkan nama Islamik itu dan bebaslan Datin Seri untuk menamakannya 1-Malaysia Fashion Festival atau sebagainya.
Ini kerana apabila membabitkan nama Islamik, sebagai anggota masyarakat dengan pelbagai peranan saya terpaksa menanggung beban akibat daripada perbuatan Datin Seri itu. Sebagai contoh saya sebagai seorang bapa, apabila anak saya berpakaian seperti yang model-model terbabit peragakan, tentunya saya akan menegur mereka. Tetapi apa hendak saya jawab apabila mereka berkata: “Bukankah itu pakaian Islamik.” Demikian juga apabila saya menegur isteri saya, apa hendak saya katakan jika dia memberi jawapan yang sama.
Sebagai guru sukarela yang mengajar anak-anak di kampung pada hujung minggu, bagaimana saya hendak menegur mereka jika mereka mengenakan pakaian tidak cukup kain kerana model-model Islamik yang Datin Seri tonjolkan kebanyakannya berpakaian begitu.
Demikian juga dengan cikgu, ustaz dan ustazah; bagaimana mereka mahu meminta anak-anak murid mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya sedangkan pakaian Islamik yang Datin Seri persembahkan tidak menepati ciri sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran.
Misalnya Allah SWT berfirman dalam Surah An Nuur, ayat 31 yang bermaksud: “Katakan kepada perempuan beriman supaya merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, anak suaminya…”
Bagaimana pendidik mahu generasi muda (termasuk anak-anak Permata Negara) mematuhi suruhan ayat ini sedangkan Datin Seri sebagai ‘ibu mereka’ menunjukkan contoh pakaian yang tersasar jauh daripada dinyatakan melalui ayat 31 Surah An-Nur ini?
Akhir sekali bagaimana pendakwah mahu memperbaiki cara pemakaian anak-anak gadis kita sekarang ini walaupun bertudung tetapi tidak memenuhi konsep dan syarat menutup aurat.
Berhubung perkara ini, majalah Hidayah keluaran Oktober 2010 ada menyatakan kebimbangan mengenai wanita bertudung tetapi sesetengahnya seolah-olah bertelanjang.
“Kini semakin ramai wanita bertudung. Syukur alhamdulillah, tetapi benarkah dengan bertudung itu sudah cukup untuk menyatakan seseorang wanita sudah menepati konsep menutup aurat sebagaimana dikehendaki oleh Islam.
“Seseorang yang memakai tudung, tidak semestinya wanita itu menutup aurat dengan sempurna. Bertudung satu cerita lain, menutup aurat satu cerita lain. Sekarang ini kita lihat ada pelbagai cara orang perempuan memakai tudung. Apabila disebut pakai tudung , benarkah ia bererti menutup aurat? Ada juga memakai tudung atau selendang tapi tersembul pula jambulnya.
“Ada tiga cara orang perempuan memakai tudung, yang kita lihat dalam masyarakat Islam kita hari ini. Pertama: Ada perempuan yang memakai tudung nipis yang hanya diletakkan di atas kepala. Kita boleh lihat sendiri pakai tudung cara ini menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan lainnya. Memakai tudung cara begini, tidak boleh kita anggap menutup aurat. Pakai tudung macam ini hanya sekadar satu fesyen sahaja.
“Kedua, ada perempuan pakai tudung dengan hanya meletakkannya di atas kepala dan disematkan dengan pin supaya kain tudung itu tidak terbuka dan ditiup angin. Pakai tudung cara begini tidak boleh juga dianggap menutup aurat kerana yang memakainya mengenakan pakaian jeans yang ketat, baju-T berlengan pendek sehingga nampak ketiak.
“Ada antaranya pula memakai baju-T yang sangat pendek yang terus mempamerkan pusat dan perutnya. Cuma yang ditutup hanya kepala termasuk rambut dan hujung tudung itu itu dililitkan ke leher. Apakah bertudung jenis begini dan berpakaian jenis ini boleh dianggap menutup aurat?
“Ketiga, ada perempuan yang pakai tudung labuh. Tudung jenis ini bukan saja menutup seluruh kepalanya, malah tudung itu labuh hingga menutup perhiasan dadanya. Biasanya perempuan yang memakai tudung macam ini, dia akan memakai baju kurung atau jubah. Inilah sebenarnya yang disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. wanita yang menutup aurat.”
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sebilangan ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
Jadi adakah Datin Seri mahu menunjukkan jalan ke neraka kepada generasi muda kita melalui Islamic Fashion Festival itu? Boleh tak Datin Seri gugurkan perkataan ‘Islamic’ dan namakannya semula sebagai 1-Malaysia Fashion Festival sesuai dengan konsep ‘moderate’ yang suami Datin Seri berulang kali nyatakan kepada Presiden Amerika, Barack Obama.
[Sumber]

No comments
Post a Comment