Syabas UKM tidak ambil tindakan terhadap pelajar di perhimpunan Umno
Written by Faisal Mustaffa
Perhimpunan agung Umno baru sahaja berlalu seminggu lalu dan seperti tahun-tahun lepas, perasmian perhimpunannya agak gah dan bersemangat Melayu.
Aku agak bangga apabila dapat menjejak beberapa mahasiswa universiti tempatan khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terlibat secara langsung di dalam perhimpunan kali ini. UKM telah membenarkan kakitangan dan mahasiswanya terlibat dalam perhimpunan tersebut tanpa menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong perkembangan minda pelajar-pelajar untuk bergiat aktif di dalam politik.
Tetapi, agak menghairankan mengapa UKM sendiri yang mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan pelajarnya juga yang hadir ke pilihan raya kecil Hulu Selangor untuk sekadar memerhati? Mereka yang ditangkap polis itu turut juga didakwa dalam mahkamah universiti serta dilucutkan anugerah dekan.
Bagi kes malang yang berlaku terhadap empat pelajar UKM itu (sebut UKM4) [kiri], tindakan menggunakan Seksyen 15 AUKU bukan sekadar bodoh, tetapi juga dengan jelasnya menunjukkan betapa zalim dan tidak adilnya kerajaan kita. Akan tetapi, apa yang lebih berbahaya adalah pihak pentadbiran universiti itu sendiri.
UKM langsung tidak menghargai penuntutnya yang kritikal dan proaktif, sebaliknya mendakwa mereka menyokong pihak parti pembangkang semata-mata kerana memiliki risalah kempen pilihan raya Pakatan. Barangkali UKM universiti pertama di dunia yang berhasrat merosakkan masa depan penuntutnya yang proaktif dan kritikal.
Agak kurang ajar, tetapi atas kelayakan mereka dan dari segi obligasi moral untuk menggunakan perkataan 'bodoh' terhadap institusi yang diberikan amanah untuk mendidik dan membentuk minda-minda hebat dalam negara ini. Malangnya, institusi ini menjadi tukang turut parti pemerintah untuk menyebarkan kebodohan dengan menghalang pelajarnya daripada menjadi kritikal terhadap kerajaan. Universiti ini bukan sekadar mengkhianati pelajar-pelajarnya, tetapi turut mengkhianati negara dengan berlaku tidak adil terhadap bakat-bakat pimpinan masa hadapan.
Jelas di sini, dengan kebenaran pihak UKM terhadap pelajar-pelajarnya menyertai perhimpunan Umno baru-baru ini bercanggah dengan alasan mereka terhadap UKM4 yang kononnya agar pelajar-pelajarnya dapat memberi tumpuan kepada pelajaran.
Sekarang, timbul pula syak wasangka bahawa UKM hanya berniat untuk menjahanamkan masa depan pelajar-pelajarnya yang cenderung menyokong parti pembangkang, supaya menjadi 'pengajaran' kepada mana-mana pelajarnya yang berani bercakap benar mengkritik kezaliman pihak pemerintah.
Mengapakah naib chansellor UKM, Prof. Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin bersikap prejudis dan tanpa segan silu sanggup membenarkan mahasiswanya "yang tidak cukup matang untuk berpolitik", "yang dibimbangi mudah terpengaruh" untuk menyertai perhimpunan agung Umno tersebut pula?
Kami tertanya-tanya, tidakkah Prof. Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, naib canselor UKM berasa malu dengan apa yang dilakukannya? Tidak mampukah seorang akademik seperti beliau memikirkan kesan tindakannya membenarkan pendakwaan terhadap masa depan pelajar-pelajarnya itu?
Kalau Umno, bisa diatur
Mengapa naib canselor itu tanpa sebarang rasa malu, setelah begitu tegas menghalang penglibatan mahasiswa dalam politik, membenarkan pihak universiti sendiri terlibat dalam perhimpunan agung Umno?
Sememangnya, sikap beliau dalam membenarkan pelajar-pelajarnya menyertai perhimpunan itu wajar dan tidak ada apa salahnya agar memperkembangkan pemikiran pelajarnya dengan mendedahkan mereka dengan penglibatan secara langsung dalam politik, sebelum mereka menghabiskan pengajian mereka. Sebab itulah, UKM tidak menggunakan AUKU terhadap pelajar-pelajar tersebut.
Atau, terdapat persepsi lain tentang tindakan naib canselor ini. Mungkinkah beliau juga seorang lagi kroni? Sekiranya tohmahan sedemikian benar, ramai akan berasa sedih dengan kerajaan yang hanya pedulikan pegangan kuasanya sahaja tanpa memikirkan rakyat, sehinggakan minda-minda cerdik pandai negara pun ditindas tanpa belas kasihan. Cuba bayangkan perasaan ibubapa dan keluarga UKM4. Hanya kerana tidak menyokong United Malay National Organisation, universiti bertindak mendakwa mereka, dan menarik balik anugerah dekan.
Pada persepsi umum, UKM sedang cuba menanam semangat kronisme, nepotisme, dan korupsi di kalangan pelajar-pelajarnya. Beginikah kelakuan institusi suci yang dipanggil menara gading?
Jelas pelajar-pelajar yang terlibat dalam perhimpunan agung Umno itu tidak akan diambil apa-apa tindakan. Sudah tidak perlu berlagak neutral lagi, orang ramai sudah tahu betapa jijiknya pihak pentadbir UKM. Sekalipun mahu mengampu parti pemerintah, janganlah dengan mengorbankan masa depan orang muda yang berani dan sayangkan negara.
Sekiranya Universiti Wawasan itu milik parti Gerakan, UKM dengan terang-terangnya tali barut Umno.
Dan jelas bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya lawak bodoh untuk memperbodohkan pelajar-pelajar kita.

No comments
Post a Comment