Nafsu besar tenaga kurang
Oleh Wan Hamidi Hamid
Hampir semua parti “baru” yang ditubuhkan selepas 1970-an gagal bertahan lama. Namun tetap ada orang mahu mewujudkan parti baru untuk mencuba nasib dalam arena politik negara.
Apakah mereka ini tidak serik atau enggan menerima hakikat politik? Atau mereka benar-benar yakin dengan idealisme, prinsip dan ideologi yang cuba dijaja kepada para pengundi?
Sejak rusuhan kaum 1969, lanskap politik negara mengalami perubahan besar. Politik ideologi tahun-tahun sebelum dan selepas Merdeka digantikan dengan “politik pembangunan” di mana Tun Abdul Razak Hussein menggabungkan Umno, MCA dan MIC dengan bekas-bekas parti pembangkang seperti PAS, Gerakan dan Parti Progresif Rakyat serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk Barisan Nasional.
Vakum politik awal 1970-an membuka ruang untuk parti-parti baru, selain pembangkang asal seperti DAP yang ditubuhkan pada 1966 dan Partai Sosialis Rakyat Malaya (atau nama asalnya Partai Ra’ayat Malaya sewaktu diwujudkan pada 1955 yang kemudian ditukar kepada PSRM lewat 1960-an dan kemudian kembali menjadi Parti Rakyat Malaysia atau PRM pada 1989), untuk bersaing dalam pilihan raya umum 1974.
Dalam PRU 1974, DAP yang bertanding 46 kerusi Parlimen menang 9 kerusi manakala Parti Keadilan Masyarakat atau Pekemas pimpinan Tan Sri Dr Tan Chee Khoon dengan 35 calon dapat satu kerusi sahaja. Yang lain termasuk PSRM hampa walau pun meletakkan banyak calon termasuk di peringkat Dewan Undangan Negeri.
Tetapi selepas PAS ditendang keluar oleh BN, cubaan parti-parti kecil seperti Pekemas, Parti Demokratik Sosialis (serpihan DAP) dan sebuah parti yang bernama Kita atau Kesatuan Insaf Tanah Air (yang tidak ada kena dengan Parti Kita pimpinan Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan baru-baru ini) untuk kali kedua pada 1978, hancur musnah.
Apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia, parti-parti kecil mencuba nasib sekali lagi. Malah di Sabah dan Sarawak lebih banyak parti muncul tetapi mereka hanya menumpukan kepada politik di negeri masing-masing.
Dalam PRU 1978, DAP yang bertanding 53 kerusi menang 16 manakala PAS dengan 88 calon hanya dapat 5 kerusi. Yang lain hangus walaupun Pekemas meletakkan 7 calon, PSRM (4), SDP (3), Kita (1) dan Parti Pekerja (1).
Pada 1981, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri menggantikan Hussein yang meletak jawatan. Dr Mahathir menjanjikan era baru pemerintahan BN.
Dalam PRU 1982, parti-parti kecil sudah serik sedikit. Pembangkang tradisi DAP dengan 63 calon menang 9 manakala PAS dengan 82 calon dapat 5. PSRM dengan 4 calon, Pekermas (1) dan SDP (1) gagal sama sekali. Parti Pekerja dan Kita masing-masing cuma mampu bertanding satu kerusi DUN tanpa sebarang kesan.
Namun, dalam PRU 1986, parti-parti kecil kembali bersemangat. Mereka melihat krisis dalaman Umno sebagai tanda kelemahan Dr Mahathir.
Dalam PRU 1986, SDP meletakkan 19 calon manakala PSRM dan Parti Nasionalis Malaysia atau Nasma, masing-masing empat. Tetapi yang menang tetap pembangkang tradisi di mana DAP dengan 64 calon menang 24 kerusi dan PAS dengan 98 calon kalah teruk dengan hanya satu kemenangan.
Selepas perpecahan dalam Umno pada 1988 di mana Tengku Razaleigh Hamzah selepas itu membentuk Semangat 46, era parti-parti kecil sudah dianggap berakhir. Ia juga memulakan era pakatan pembangkang.
Dalam PRU 1990, DAP yang meletakkan 57 calon menang 20 kerusi manakala Semangat 46 dengan 61 calon dapat 8 dan PAS dengan 30 calon peroleh 7 kerusi. PRM terus gagal walau pun meletakkan 3 calon. Yang mengejutkan BN dalam PRU itu adalah kekalahannya di Kelantan tanpa berjaya mengekalkan sebarang kerusi DUN.
Bagaimana pun, keputusan keseluruhannya memulihkan semangat Dr Mahathir serta sokongan rakyat kepada Umno dan BN di mana dalam PRU 1995, BN menang besar apabila DAP hanya tinggal 9 kerusi, PAS (7) dan Semangat 46 (6). Tengku Razaleigh kemudian membubarkan partinya untuk menyertai semula Umno.
Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan, Umno dan BN serta siksaan dan pemenjaraan terhadapnya telah membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional. PKN wujud atas pengambilalihan sebuah parti kecil Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1991 dan berpusat di Terengganu.
Pengambilalihan parti di kalangan pembangkang adalah sesuatu yang terpaksa dilakukan berikutan tekanan kerajaan serta kekangan undang-undang yang diwarisi dari sistem pemerintahan penjajah.
Walau pun hebat berkempen, PKN bersama DAP, PAS dan PRM dalam gagasan Barisan Alternatif gagal menumbangkan BN dalam PRU 1999. Pada masa yang sama satu lagi parti baru muncul — Malaysian Democratic Party atau MDP yang merupakan serpihan DAP — tetapi tidak member apa-apa kesan.
PKN yang kemudiannya disertai beramai-ramai oleh pemimpin dan ahli-ahli PRM menukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat atau PKR pada 2003.
Setahun kemudian, PKR hampir-hampir tamat riwayatnya apabila tinggal satu kerusi Parlimen dalam PRU 2004. Hanya tsunami politik PRU 2008 menyelamatkannya apabila berkongsi kuasa dengan DAP dan PAS dalam membentuk Pakatan Rakyat selepas menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen serta menguasai lima kerajaan negeri (walau pun satu dirampas kembali oleh BN melalui politik lompat parti).
Dalam masa yang sama, sudah ada beberapa parti baru diwujudkan sejak 2008. Antaranya adalah Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Parti Hak Asasi Manusia, Parti Makkal Sakti dan Parti Kita.
Parti Kita, sebagaimana PKR, ditubuhkan melalui pengambilalihan parti serpihan PAS iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia atau Akim yang ditubuhkan pada 1995 yang berpusat di Kelantan.
Kecuali PSM dengan satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN yang dimenangi atas lambang PKR dalam PRU 2008, semua parti baru serta yang baru bertukar nama berkenaan belum diuji di medan politik pilihan raya.
Ramai pemerhati politik menganggap kehadiran kebanyakan parti berkenaan sebagai “gangguan” kepada Pakatan dan tidak akan memberi sebarang kesan besar terhadap BN.
Sudah tentu ini akan menjadi cabaran kepada para pemimpin parti-parti berkenaan untuk membuktikan kewujudan mereka bukan sekadar memeriahkan suasana pilihan raya atau menonjolkan ego politik masing-masing tetapi bagi menawarkan pilihan ketiga untuk pengundi.
Jika sekadar bernafsu besar tanpa menilai hakikat politik, maka sejarah pilu parti-parti kecil akan terus berulang. Ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa, ikut hati mati.
Sejak 1970-an, tidak ada parti “baru” yang mampu bertahan lama dengan mengekalkan sokongan serta mempunyai banyak kerusi di Parlimen dan DUN kecuali PKR yang kini hampir mencecah usia 12 tahun.M/Insider
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

No comments
Post a Comment