Tangga ke-2 bawa keluar wang haram, Malaysia bakal muflis – Anwar
Sidiqin Omar

LABIS: Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi di dunia yang mempunyai aliran keluar wang haram sekaligus bakal menempatkan Malaysia sebagai negara bankrap, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Global Financial Integrity (GFI) di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009.
“Tahun 2000 sahaja, sejumlah USD 28 bilion wang dibawa keluar dari negara ini. Manakala pada 2008 telah naik sehingga 33%, iaitu dengan jumlah USD 68 bilion.
“Wang ini adalah wang rasuah, wang tipu dengan kerja-kerja tidak halal dan wang yang dilarikan daripada cukai. Maknanya, wang tanpa rekod yang dibawa keluar berjumlah RM240 bilion setahun,” katanya dalam ceramah pada kempen Pilihanraya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.

Anwar bagaimanapun mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segera mengenai laporan tersebut, yang didakwanya sebagai tanda-tanda bahawa negara ini bakal muflis.

“Sepatutnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab kerana ada laporan antarabangsa. Mana dia Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi?

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kena jalankan siasatan, tentang siapa yang bertanggungjawab melarikan wang dan khianat
kepada negara. Kalau macam ini alamatnya negara akan bankrap.

“Bila ditanya kepada Menteri, tak tahu untuk menjawab. Menteri apa ini? Sebab itu saya ulang, saya nak debat soal ekonomi. Bukan kita nak aibkan orang,” jelas Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.

Beliau juga menegaskan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pesalah-pesalah tersebut akan didakwa dan wang tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.
Pada 20 Januari lalu, GFI – sebuah badan pemerhati kewangan menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun.
Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

GFI mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.

Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.


Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.

1 comment

joecharlie said...

nilah cinta hati Salahuddin Ayub, Azizah namanya!
Nama sebenar WANITA ini ialah Norazizah bte Mohamed Asmuni yang sekarang berumur 47 tahun. Beliau sekarang tinggal di No.18, Jalan Setia Rawang 2, Taman Setia Rawang, 4800 Rawang, Selangor. Bagi yang menuduh Tukang Screw mengada-adakan cerita, silalah ke alamat tersebut dan tanyalah Azizah tentang hubungan istimewanya dengan YB Salahuddin. Mungkin YB Salahuddin tertanya-tanya bagaimana kisah hubungan beliau ini boleh dihidu!

Kempen PRK N.05 Tenang sudah sampai ke penghujung. Sana sini kemeriahan menjelang Hari Mengundi makin terasa, keadaan jalan raya yang sesak di Pekan Labis ditambah hujan yang renyai-renyai menambah lagi kemeriahan ibarat suasana "mantai" menjelang Aidilfitri. Selepas 30 Januari, penduduk tenang akan merindui suasana meriah ini yang entah bila lagi akan berlaku. Harap-harap mana-mana calon yang menang dipanjangkan umur dan diperelokkan kelakuan serta kekuatan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Hari ini PR telah mendedahkan gambar seorang wanita Cina yang dikatakan mempunyai skandal dengan calon BN suatu ketika dahulu. Tukang Screw telah memberi amaran sebelum ini kepada jentera propaganda PR terutama YB Salahuddin selaku Pengarah Jentera Pilihanraya PAS agar jangan membuka keaiban yang belum tentu lagi sahih.

Selepas PRK ini semua jentera akan pulang ke kawasan masing-masing dan yang ditinggalkan hanyalah keaiban calon-calon bertanding yang pastinya memberi kesan jangka panjang dan disebut-sebut orang. Perkara inilah yang menjadi kesukaan PAS yang sepatutnya menutup keaiban sesama Islam, itupun kalau PAS benar-benar menghayati fitrah Islam itu sendiri.

Masih ingat lagi Rohaizad, calon BN di PRK Permatang Pasir yang diaibkan Nasharudin Hassan, Ketua DPP Pusat. Tahukah PAS bahawa selepas pendedahan tersebut rumah tangga Rohaizad runtuh? Mungkin PAS tahu tapi buat-buat tak tahu malah ketawa berguling-guling di markas-markas PAS bila mengetahui keruntuhan 'masjid' Rohaizad.

Inikah ciri-ciri Islam yang PAS perjuangkan. Tak salah kalau tukang Screw labelkan PAS ini sebagai MUNAFIK terbesar di Malaysia!!!! Jangan ingat dengan berkopiah putih, berserban dan berjanggut maka pintu syurga telah terbuka luas untuk kalian! Dan jangan terkejut kalau di Hari Perhitungan nanti dan ketika Tukang Screw mahu melangkahkan kaki ke neraka, sudah tersedia menunggu di dalamnya pemimpin dan ahli-ahli PAS di dalam neraka jahanam. Nauzubillah...

Read more...
Posted by House PK at Saturday, January 29, 2011
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
Labels: DIN PUDURAYA

Powered by Blogger.