DUN Merlimau: Penamaan calon 26 Feb, hari undi 6 Mac

Oleh G Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka, akan diadakan awal Mac, demikian diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Penamaan calon akan berlangsung pada 26 Februari manakala jika ada pertandingan pengundian diadakan 6 Mac.

SPR mengadakan mesyuarat khas di Batu Pahat, Johor, malam ini untuk menetapkan tarikh-tarikh berkaitan hari penamaan calon dan pengundian.

Pilihan raya kecil ini diadakan bagi mengisi kekosongan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, pada 20 Januari lepas.

Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Pada 1999, BN yang diwakili Umno menang dengan majoriti 2,252 undi, 2004 (5,087 undi) dan 2008 dengan majoriti 2,154 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir, yang juga Exco Kerajaan Negeri, menewaskan calon PAS Jasme Tompang.

No comments

Powered by Blogger.