Mohd Khusrin angkat sumpah selepas 6 Februari
SHAH ALAM: Keputusan sama ada Datuk Mohd Khusrin Munawi dibenar mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di hadapan Menteri Besar hanya diketahui selepas 6 Februari depan, iaitu apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pulang daripada satu urusan rasmi di London.
Sehubungan itu, sumber Pejabat Menteri Besar, berkata mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang akan dipengerusikan oleh Abdul Khalid hari ini sebelum beberapa EXCO kerajaan negeri bercuti sempena Tahun Baru Cina pada 3 Februari depan tidak akan membincangkan isu pelantikan berkenaan.
"Abdul Khalid Ibrahim akan ke London bermula 31 Januari hingga 6 Februari. Jadi dalam tempoh itu tiada mesyuarat EXCO. Khabar angin menyatakan majlis angkat sumpah simpan rahsia diadakan esok (hari ini) tidak benar kerana Menteri Besar hanya akan bermesyuarat mengenainya selepas pulang dari London," katanya semalam.
Kedudukan Mohd Khusrin masih tergantung meskipun usul pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin lalu gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Ini kerana Abdul Khalid terus berteka-teki mengenai status Mohd Khusrin yang sehingga kini tidak dapat menghadiri mesyuarat EXCO dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) kerana belum mengangkat sumpah simpan rahsia.
Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Abdul Khalid untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar, selepas pelantikan Mohd Khusrin dibantah atas alasan ia tidak dirunding dengan kerajaan negeri.
Mohd Khusrin yang memulakan tugas rasmi 3 Januari lalu sudah mengangkat Sumpah Taat Setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 6 Januari lalu.
Kerajaan negeri juga bercadang membawa isu pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor untuk semakan kehakiman selepas gagal mendapat majoriti dua pertiga di DUN bagi meminda perkara itu.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam satu sidang media selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina di Kajang, berkata mesyuarat untuk membincangkan sama ada kerajaan negeri menerima Mohd Khusrin sebagai SUK yang sah dan kemungkinan memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan sidang DUN akan dibincangkan selepas Tahun Baru Cina.
"Kita akan bincang isu pelantikan dan kedudukan Mohd Khusrin. Saya dan EXCO akan melihat dari semua aspek," katanya

No comments
Post a Comment