Incredible (Hulk) Tenang

Oleh Ahmad Zawawi

Sambil duduk – duduk pekena Teh Tarik diRestoran M Syed Ipoh (Kg. Ampang) teringat saya kepada Siri sukaramai diTV sedikit masa dulu iaitu kisah The Incredible Hulk. Ada sahaja kes-kes penganiayaan berlaku dihadapan matanya, si hero ini akan bertukar sais badannya dan baju yang dipakainya koyak rabak manakala seluar yang dipakainya itu tinggal sekerat. Mengikut bahasa orang-orang masa kini ia dipanggil seluar seteng. Agak mustahil untuk kita dapat menonton kembali siri popular itu.


Walau bagaimanapun untuk refresh memory kepada siri tersebut marilah kita ramai-ramai keLabis, Johor. Apa yang telah, sedang dan akan berlaku disitu (DUN Tenang) memang diluar dugaan. Tenang dan kawasan disekitarnya telah (transform) bertukar identiti. Jabatan-Jabatan Kerajaan yang pada kebiasaannya berpusat dibandar kini ada bertapak diTenang. Tidak salah rakyat menerima apa-apa pemberian daripada yang sedang berkuasa. Pepatah mengatakan orang berbudi kita berbahasa —- apa yang orang bagi kita pakat-pakat rasa.

Mengapa semua ini terjadi? Jawapannya sangat mudah. Barisan Nasional sudah tidak seyakin hari pertama iaitu pada hari penamaan calun. Pada hari tersebut mereka begitu optimistik akan mencapai kemenangan yang lebih besar. Menurut kajian Tok Pawang Berbayar, majoriti kali ini mesti melebihi 5000 undi. Mereka cukup percaya Satu Malaysia berada dibelakang.

Beberapa hari selepas itu Bos nombor 2 beri amaran kepada para penggempur untuk mempertikatkan kempen dan jangan sekali-kali memandang rendah kemampuan Normala Sudirman. Memang jelas ada kebenarannya. Normala calun PAS menjanjikan satu perkhidmatan yang penuh komited jika diberi kepercayaan. Keikhlasannya terbukti dengan meninggalkan profession yang cukup selesa untuk berbakti kepada khalayak dikampong halamannya.

Menyedari akan perkembangan yang akan memihak kepada Cikgu Mala, BN sudah macam cacing kepanasan. Dengan yang demikian janganlah kita hairan akan kehadiran begitu banyak agensi kerajaan turun padang dan menghulur apa saja bantuan yang boleh menghayalkan kumpulan sasar.

Satu Upset diTenang bukannya mustahil. Para pengundi pernah menggunakan kuasa mereka dengan menolak bekas Senator diKuala Terengganu. Melakukannya sekali lagi diDUN Tenang tidaklah sesukar mana. Kepada warga Tenang saya ucapkan selamat mengundi.

http://ahmadzawawi.wordpress.com

No comments

Powered by Blogger.