Pelepasan nyamuk GM: Kurangnya ketelusan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut apabila mendapati daripada laporan akhbar (26 Januari 2011) bahawa nyamuk Aedes GM telah dilepaskan pada 21 Disember 2010 di Bentong, Pahang.

Ini di sebalik kenyataan dalam akhbar pada Januari 2011 yang dibuat oleh pegawai kanan Jabatan Keselamatan Bio yang menyatakan ujian itu telah ditangguhkan.

genetically modified mosquito 290810 generic mosquitoKami kesal kerana kurangnya ketelusan berhubung perkara ini terutama sekali Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengeluarkan kenyataan akhbar lebih daripada satu bulan selepas ujian bermula.

Memandangkan pelepasan nyamuk GM telah menimbulkan kritikan, kami membantah kerahsiaan dalam ujian yang dijalankan. Kami merasa amat kesal dengan ujian yang dijalankan di sebalik kebimbangan dalam negara dan antarabangsa berhubung nyamuk GM.

Kami berpendapat agensi berkaitan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan pelepasan nyamuk GM.

Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan juga Sahabat Alam Malaysia

No comments

Powered by Blogger.