MB Selangor temu Khusrin 7 Feb

Oleh Boo Su-Lyn

SHAH ALAM, 27 Jan — Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari dan kemudian akan mengadakan sidang media bersama berhubung kedudukannya selaku Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Selangor menzahirkan pendirian ini lima hari selepas usaha meminda perlembagaan negeri berhubung urusan pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri gagal.

“Saya akan maklum (kemudian bila masanya),” kata Khalid kepada pemberita apabila ditanya mengenai majlis angkat sumpah rahsia oleh Khusrin.

Khalid sebelum ini pernah berkata kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan Khusrin menjalankan tugas-tugas rasmi.

No comments

Powered by Blogger.