Laman ‘Pejabat Wanita Pertama Rosmah’ ditutup
Selepas pendedahan kewujudan ‘Pejabat Wanita Pertama Malaysia’ di Jabatan Perdana Menteri dibuat KeadilanDaily.com, laman yang menyenaraikan senarai nombor telefon serta pegawai yang bertugas di bahagian itu kini didapati sudah ditutup.
Pejabat itu yang dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.OM) bertujuan menjaga urusan serta lawatan-lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bahagian Wanita Pertama Malaysia sebelum ini menyenaraikan enam orang pegawai yang mengendalikan bahagian itu diketuai Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.
Sebelum ini laman yang menyenaraikan nama serta nombor telefon pegawai berkenaan boleh dicapai melalui http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947.
Namun, percubaan untuk pergi ke laman tersebut gagal kerana ia sudah tiada lagi, dipercayai ditutup sejak semalam.
Carian di dalam arkib Internet melalui laman http://web.archive.org juga tidak menjumpai lagi halaman tersebut.

No comments
Post a Comment