Suspek tikam bayi sendiri direman sehingga 7 Feb
SHAH ALAM, 27 Jan – Seorang ibu warga Myanmar dipercayai terbabit dalam kejadian menikam seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di rumah panjang Batu 4, Kampung Jawa di sini kelmarin direman sehingga 7 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut kerana keadaannya masih lemah,” katanya.
Menurut beliau, pihak polis masih menunggu masa yang sesuai bagi mengambil keterangan suspek.
Tambahnya, pihak hospital sedang menjalankan pemeriksaan ke atas suspek terbabit, termasuk samada dia mempunyai masalah mental.
“Polis masih menunggu laporan bedah siasat mayat bayi perempuan yang ditikam. Kita masih belum tahu punca kecederaan mangsa,” ujar Hisan.
Hisan berkata, tiada sebarang penahanan dibuat dan pihak polis masih menjalankan siasatan sementara menunggu hasil keputusan bedah siasat.
Dalam kejadian kelmarin,seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati ditikam, dipercayai oleh ibunya di sebuah rumah sewa di Batu 4, Kampung Jawa di sini.
Mayat bayi yang berlumuran darah akibat ditikam beberapa kali itu ditemui di atas pelapik plastik dalam bilik air rumah berkenaan.
Kira-kira tiga jam kemudian, suspek dipercayai ibu bayi tersebut ditahan polis.
Selangor Kini difahamkan, wanita Myanmar tersebut yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dipercayai melahirkan bayi itu kira-kira pukul 9 pagi dan dikatakan turut mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun.
Menurut Hisan lagi, suami suspek dikatakan pernah dihukum penjara kerana kesalahan memiliki senjata dan meninggalkannya beberapa bulan lalu.

No comments
Post a Comment