Adun Sri Muda dipanggil ke IPD Shah Alam

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dipanggil untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Seksyen 11 Shah Alam untuk membantu siasatan atau ditangkap berhubung tulisan beliau dalam blognya yang kononnya “dikatakan” menghina istana berkaitan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Seandainya beliau tidak hadir, beliau akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pada hari Isnin depan.

Sebelum ini, pegawai-pegawai yang berkhidmat di Pusat Khidmat DUN Sri Muda juga berulang kali dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Mohamad Azmin Abdul Karim, pegawai khas kepada Shuhaimi, diambil keterangannya sebanyak lima kali termasuk yang terakhir pada 27 Januari 2011 di IPD Shah Alam.

Sedangkan, pada masa yang sama, terdapat lebih 30 laporan polis dibuat Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap akhbar Utusan Malaysia untuk didakwa di bawah Akta Hasutan, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap laporan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.