Tingkatkan diplomasi untuk hidup aman – Khalid
SHAH ALAM, 3 Feb - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengajak rakyat di negara ini, khususnya di Selangor meningkatkan diplomasi berdasarkan prinsip-prinsip yang luhur dalam kehidupan bermanyarakat.
Dalam satu kenyataan sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini, Khalid berkata, ini kerana realiti perkembangan kehidupan masa kini kian menghimpit semua penduduk, termasuk masyarakat cina.
Menurutnya, masyarakat Cina di Malaysia membentuk populasi kedua terbesar di Malaysia. Daripada sekitar 28 juta rakyat Malaysia, masyarakat Cina membentuk kira-kira 26 peratus daripada jumlah penduduk dan lebih 1.2 juta daripada mereka menetap di Selangor.
Justeru katanya, keperluan untuk semua pihak mengenali ciri-ciri khusus masyarakat ini adalah penting bagi memastikan semua pihak dapat tinggal bersama secara aman dan saling bekerjasama dalam pelbagai aspek kehidupan.
Menurutnya, secara tradisi, Tahun Baru Cina ini disambut dengan membersih dan menghias rumah, perkumpulan keluarga untuk makan bersama, pemberian hadiah sehinggalah hari ke-15 iaitu hari terakhir, sambutannya dengan mengadakan Pesta Tanglung.
“Keunikan budaya kaum Cina ini mestilah dihormati dan dipertahankan. Ia adalah warisan yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
“Saya berharap aktiviti-aktiviti yang dibuat sempena sambutan Tahun Baru Cina ini akan mengukuhkan persaudaraan sesama manusia, khususnya dalam keluarga yang sama, di samping mengingatkan kita akan kepentingan menghargai perbezaan,” ujarnya.
Khalid berkata, Tahun Baru Cina kali ini juga dikenali sebagai Tahun Arnab dan arnab adalah sejenis haiwan yang digemari ramai kerana selain tidak mengancam manusia, ia menjadi haiwan peliharaan yang disukai.
Katanya, dalam erti kata lain, arnab adalah sejenis haiwan yang disenangi ramai dan dilihat sebagai simbol diplomasi.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor sentiasa menganggap masyarakat Cina sama seperti masyarakat lain yang mesti dilayani secara adil dan saksama. Setakat ini, kerajaan negeri telah meluluskan bantuan kepada sekolah-sekolah Cina sebanyak RM6 juta, mewujudkan jawatankuasa khusus berkaitan rumah ibadat bukan muslim dan bantuan-bantuan lain.
“Meskipun kemampuan Kerajaan Negeri Selangor agak terbatas, saya berharap semua bantuan ini akan dapat membantu penghidupan rakyat dengan lebih baik lagi.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengajak seluruh masyarakat Cina, khususnya untuk bersama meraikan Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Jalan Sulaiman, Kajang pada 12 Februari 2011.
“Mewakili seluruh tenaga kerja Kerajaan Negeri Selangor, saya mengucapkan Gong Xi Fa Chai! Selamat Tahun Baru Cina, semoga perayaan tahun ini diraikan dengan selamat dan penuh kemeriahan,” kata Khalid.

No comments
Post a Comment