Kena jel 20 tahun buang abu mayat Sosilawati
SHAH ALAM - Dua pekerja ladang yang sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain terpaksa meringkuk lebih lama di dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam meminda hukuman mereka kepada 20 tahun.
Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, sangat serius pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 15 Oktober tahun lalu.
Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak rayuan Sarawanan yang mendakwa bahawa pengakuan salahnya itu tidak dibuat secara sukarela dan berlaku paksaan untuk dia berbuat demikian.
"Perlu diingat prosiding yang dijalankan oleh majistret adalah perbicaraan terus mengikut Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah di mana kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah serta faham sifat dan akibat pengakuan," katanya.
Sebelum ini, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Majistret Hurmain Hussain selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 31 Ogos tahun lalu.

No comments
Post a Comment