Mahasiswa berhak urus pilihan raya kampus
Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR: Pimpinan muda Pakatan Rakyat hari ini mendesak Kementerian Pengajian Tinggi memberi hak kepada mahasiswa untuk menjalankan proses pilihan raya kampus tanpa sebarang campur tangan pentadbiran universiti.
“Sudah tiba masanya untuk kerajaan memikirkan kembali kerelevenan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diserah kepada mahasiswa sendiri untuk mengendalikannya.
“Kami menggesa kementerian itu untuk mengambil serius pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Pemilihan harus telus dan adil tanpa sebarang campur tangan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
“Segala sistem yang meragukan harus dihapuskan serta merta kerana jelas mencabuli prinsip demokrasi yang bebas dan adil,” kata kenyataan bersama itu
Ia ditandatangani Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai Shamsul; Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Kami mewakili Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia kesal dengan peraturan yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasi proses demokrasi di kampus.
“Kami menuntut kementerian memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk berkempen dalam pilihan raya kampus secara bebas dan adil,” katanya.
Mereka juga mendesak universiti memanjangkan tempoh berkempen dari tiga kepada tujuh hari bagi memberi ruang untuk sesi kempen dan menyampaikan manifesto kepada mahasiswa.
“Universiti wajib mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terkandung dalam Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia.
“Autonomi mahasiswa wajib dihormati terutama penglibatan mahasiswa di kalangan masyarakat. Mahasiswa wajib diberi kebebasan penuh dan segala intimidasi dihenti.
“Mereka harus dibenar terlibat dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong, disekat atau diancam dengan ugutan mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku),” kata kenyataan itu.

No comments
Post a Comment