Bangang Betul Pemikiran Pemimpin Perkasa
Perkasa: Jangan benar calon lebih 65 tahun tanding
KANGAR, 18 Feb — Perkasa Perlis mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula Akta Pilihan Raya dengan memasukkan beberapa syarat baru berkaitan calon pilihan raya.
Yang Dipertua Perkasa Perlis Ameir Hassan berkata antara syarat baru yang dicadangkan ialah had umur calon tidak melebihi 65 tahun dan mereka juga perlu disahkan sihat.
“Wakil rakyat yang melebihi had umur sering mengalami tekanan dan ada di kalangan mereka meninggal dunia menyebabkan berlaku proses pilihan raya kecil yang memerlukan kos yang besar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya umur calon perlu dihadkan bagi memberi ruang kepada generasi muda yang berkelayakan dan boleh memimpin rakyat untuk menjadi calon.
Sementara itu, katanya Perkasa Perlis juga mahu kerajaan mengkaji nasib para pesawah yang tidak berhak untuk menentukan harga padi yang mereka usahakan.
Beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan pesawah yang kebanyakannya orang Melayu akan kekal di tahap lama dan tidak dapat meningkatkan taraf kehidupan berikutan harga padi kini ditentukan oleh Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).
Beliau turut mencadangkan agar pengilang-pengilang Melayu diberi peluang untuk memasarkan sendiri padi dan beras melalui persatuan peladang kawasan (PPK) bagi membantu golongan petani manakala Bernas bertindak sebagai penyimpan stok beras. — Bernama

No comments
Post a Comment