Manfaatkan peruntukan RM1 juta untuk faedah rakyat
KAJANG, 2 Feb – Beberapa kawasan yang bermasalah dan kurang sempurna di bandar ini telah dikenal pasti untuk pembangunan menerusi peruntukan RM1 juta yang disediakan kerajaan negeri.
Peruntukan yang dikhususkan kepada semua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan digunakan sebaiknya bagi pembangunan, seperti membina jalan raya, menaik taraf dan membaiki jalan rosak, di samping longkang dan parit yang mengalami masalah sama.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Kim Sin, perbincangan telah dibuat dengan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengenai perkara ini dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menentukan kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan bagi menambah baik persekitaran bandar itu.
Jelasnya, langkah kerajaan negeri itu adalah tepat kerana masih banyak yang perlu dilakukan di bandar ini demi kebaikan rakyat.
Tambah Lee lagi, pihaknya telah mengenal pasti beberapa batang jalan raya dan longkang bermasalah seperti berlubang, pecah, sempit, berlopak dan sebagainya yang perlu dibaiki serta dinaik tarafkan demi kebaikan rakyat dan bandar Kajang ini.
“Menerusi kajian dan penelitian dilakukan, kita telah kenal pasti beberapa batang jalan dan longkang yang perlu dinaik taraf dan akan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta MPKj kerana peruntukan ini di bawah MPKj.
“Perbincangan juga telah dibuat dengan beberapa ahli majlis MPKj dan pihak nerkuasa tempatan akan menentukan projek ini akan dijalankan di kawasan mana bagi membaiki dan menaik taraf jalan atau longkang bermasalah itu,” katanya ketika ditemubual di pusat khidmatnya di sini.
Lee berkata, pihaknya juga akan menyediakan satu senarai bagi projek pembangunan itu untuk diserahkan kepada kerajaan negeri pada penghujung Februari ini.
Tambahnya, berdasar pada aduan diterima daripada penduduk, terdapat jalan raya dan longkang yang sudah lebih 20 tahun terbiar dan tidak dinaik taraf.
Pihaknya berharap peruntukan RM1 juta yang disediakan kerajaan negeri itu untuk tujuan pembangunan akan mampu memwujudkan keadaan lebih baik dan selesa kepada rakyat.
“Ini kerana selain daripada peruntukan RM500,000 setiap tahun yang diterima tidak cukup sebenarnya untuk projek membina jalan dan longkang serta sebagainya.
“Maka dengan peruntukan RM1 juta ini kita berpeluang untuk buat penentuan apa yang perlu dan perbaiki untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Lee menyatakan peruntukan itu juga bukanlah disebabkan bagi persiapan pilihanraya kerana Adun Pakatan Rakyat sudah menyusulkan perkara itu lebih setahun lalu.

No comments
Post a Comment