Messi selamatkan Barca

MADRID - Penyerang Argentina, Lionel Messi meledak gol kemenangan Barcelona ketika menewaskan Athletic Bilbao 2-1 pada aksi Liga Sepanyol awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nou Camp itu, Messi membuktikan sentuhan penyudahnya apabila meledak gol kemenangan buat skuad The Catalan pada minit ke-78.

Terdahulu, penyerang Sepanyol, David Villa membuka tirai jaringan buat Barcelona seawal minit keempat sebelum Andoni Iraola menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-50.

"Kami (Barcelona) tidak boleh melakukan kesilapan dengan tewas pada perlawanan ini kerana Real Madrid kini mengekori rapat bagi merampas kedudukan kami selaku pendahulu liga.

"Kami mencatat kemenangan dalam perlawanan yang sangat penting.

"Hanya tinggal beberapa perlawanan sahaja lagi sebelum saingan musim ini berakhir dan kami perlu fokus dalam setiap perlawanan selepas ini, jelas Messi.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola sudah pasti menjadi individu yang paling gembira dengan kemenangan yang dilakar anak-anak buahnya itu.

Guardiola kini sudah boleh menarik nafas lega apabila menyaksikan anak-anak buahnya telah kembali beraksi pada tahap prestasi sebenar mereka selepas tewas mengejut kepada Arsenal 1-2 pada aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara minggu lalu. - AFP

No comments

Powered by Blogger.