NGO Islam Malaysia desak AS tidak campuri krisis Mesir
KUALA LUMPUR, 2 Feb — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama parti-parti politik merancang untuk mengadakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir, dipercayai disertai 10,000 orang Jumaat ini, bagi mendesak Amerika Syarikat agar tidak campur tangan dalam pergolakan politik Mesir.
Satu gabungan NGO bagi tujuan tersebut diwujudkan hari ini.
Menurut pengarah himpunan itu, Suhaizan Kaiat hasil perbincangan dengan NGO hari ini telah mendapat kata sepakat dalam pergolakan yang berlaku di Mesir.
“Kita anggarkan 10,000 orang akan menyertai perhimpunan aman ini termasuk parti politik dan NGO, kita akan berarak dari Masjid As-Syakirin ke Kedutaan Amerika Syarikat.
“Hasil perbincangan dengan NGO hari ini kita mendapat kata sepakat supaya Amerika Syarikat berundur dari bumi Mesir, kita juga desak Amerika Syarikat agar tidak campur tangan dalam pergolakan yang berlaku di sana dan ketiga kita desak seluruh dunia beri tekanan kepada Presiden Mesir Hosni Mubarak agar meletakkan jawatan,” katanya pada sidang media hari ini.
Selain mengadakan perhimpunan aman, NGO itu juga akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam mendesak rakan sejawatannya dari Mesir itu agar mengambil usaha tegas bagi memastikan perubahan pucuk kepimpinan sekarang secara aman dan tersusun.
Antara NGO yang akan menyertai perhimpunan itu adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Warga Permuafakatan Pertubuhan Islam Kedah, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak, Pergerakan Persaudaraan Muslimah dan Angkatan Belia Islam Malaysia.
Sementara itu, Setiausaha Agung Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa kerajaan Malaysia supaya menyokong resolusi yang dicapai itu dengan menggunakan saluran diplomatik untuk memberi tekanan kepada Presiden Mesir.
“Kita gesa kerajaan Malaysia gunakan saluran diplomatik untuk memberi tekanan kepada Presiden Mesir agar berlaku perubahan di sana.
“Justeru kita minta supaya rakyat Malaysia sama-sama menyertai perhimpunan aman ini bagi menyokong usaha yang kita lakukan demi rakyat Mesir,” katanya.
Hari ini Hosni yang berhadapan dengan tunjuk perasaan berlarutan lebih seminggu di Mesir mengumumkan tidak akan bertanding semula pada pemilihan September ini dan menolak sama sekali tuntutan agar meletakkan jawatan segera dan meninggalkan negara itu.
Pengumuman Hosni itu dibuat ketika ribuan rakyat berhimpun di ibu negara Mesir meminta Hosni berundur segera.
Pemimpin yang menerajui Mesir tiga dekad bertekad akan mati di bumi negara utara Afrika itu.
Sekitar 250,000 hingga dua juta orang dilaporkan berada di jalan-jalan raya di Mesir semalam — himpunan paling besar demonstrasi yang bermula 25 Januari lalu.
Kelmarin NGO dan Pakatan Rakyat mengadakan bantahan di Kedutaan Mesir bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Hosni turun dari tampuk kuasa.
Kumpulan 70 orang itu berhimpun kira-kira 10.45 pagi di tempat letak kereta di depan Taman Tasik Ampang Hilir sebelum berarak pada pukul 11.05 pagi ke kedutaaan sambil melaungkan slogan ‘Down Mubarak’ (Turun Mubarak).
Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab secara khusus.

No comments
Post a Comment