Obama tak gembira pendirian Hosni, gesa Mesir umum pelan konkrit
WASHINGTON, 11 Feb — Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kelihatan tidak gembira dengan pendirian terbaru diumumkan oleh rakan sejawatannya Hosni Mubarak dalam usaha meleraikan pergolakan politik negara utara benus Afrika itu.
Obama menegaskan kerajaan Mesir belum mengetengahkan laluan yang “berwibawa, konkrit dan jelas” ke arah memulihkan demokrasi.
Menurut Obama “rakyat Mesir masih belum yakin bahawa kerajaan (mereka) serius mengenai peralihan tulen untuk (melaksanakan) demokrasi.”
“Rakyat Mesir telah dimaklumkan adanya satu peralihan kuasa, tetapi ia masih belum jelas sama ada peralihan ini segera dilaksanakan, bermakna atau mencukupi,” kata Obama dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas mengikuti ucapan 17 minit Hosni.
“Kerajaan Mesir mesti meletakkan satu laluan yang berwibawa, konkrit dan jelas ke arah demokrasi tulen, dan mereka masih belum menggunakan peluang itu,” katanya.
Laporan-laporan awal semalam dipetik berkata, Obama kelihatan gembira kerana difahamkan Hosni akan meletakkan jawatan.
Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.
Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.
Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”
Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”
Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.
Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.
Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.

No comments
Post a Comment