Shahrizat Jalil tempah tiket awal ke Merlimau, Melaka

Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata harapan dan hasrat pergerakan itu sudah disampaikan kepada Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka.

Politik tidak mengenal letih dan penat. Shahrizat nampaknya menempah tiket awal untuk geng-geng wanitanya agar ahli-ahli wanita nampak beliau berjuang bematian-matian untuk wanita. (mStar Online)

Begitulah struktur UMNO yang terlalu banyak geng, geng bahagian, geng Pemuda, geng wanita dan geng puteri. Kerana terlalu banyak geng inilah UMNO terdedah kepada boikot memboikot jika ahli geng mereka tidak dipilih sebagai calun. Kadang-kadang apabila terlalu taksub dengan geng mereka leka bahawa kesemua mereka itu adalah geng UMNO. Begitu juga sebaliknya jika mereka terlupa mereka berada di dalam geng Barisan Nasional.

Berbalik dengan cadangan Shahrizat, mungkin Shahrizat perlu ingat bahawa dua perkara penting yang calun PAS gagal memenangi pengundi Cina di Tenang ialah kerana calun PAS Normala Sudirman tidak boleh besalaman dengan bukan muhrim dan pembentukan Negara Islam jika PAS menang.

Kedua-dua isu ini dimainkan secara cerdik oleh Pesiden MCA Chua Soi Lek supaya rakan-rakannya dalam Barisan Nasional, UMNO khasnya tidak terguris kerana dalam masa yang sama UMNO sedang berusaha keras untuk memenangi pengundi kaum Melayu dan Islam.

Sebaliknya jika BN meletak calun wanita di Merlimau bagaimana pula Presiden MCA hendak memutar belitkan isu ini kepada masyarakat Cina yang terdiri dari 21.11% pengundi di Merlimau, Melaka?

http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/02/shahrizat-jalil-tempah-tiket-awal-ke.html

No comments

Powered by Blogger.