Kementerian Kebajikan Masyarakat paling utama
Oleh Abu Firdaus
SEMUA kementerian dalam sesebuah kerajaan adalah penting. Tidak ada yang kurang penting. Paling utama yang dilihat ialah Jabatan Perdana Menteri. Tetapi tentulah Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan juga perlu. Justeru semua kementerian adalah perlu.
Namun dalam gagasan negara berkebajikan, pembelaan terhadap golongan masyarakat paling susah dan daif adalah diutamakan.
Justeru kalau dilihat dari segi ini, tentulah Kementerian Kebajikan Masyarakat merupakan institusi paling penting dalam sesebuah kerajaan negara berkebajikan. Tidakkah Kementerian Kebajikan yang ada sekarang telah memainkan peranan sewajarnya? Dalam negara berkebajikan tidak akan dapat dilihat gelandangan, pengemis dan orang sakit mental di tempat-tempat awam.
Bukanlah bermakna bahawa dalam negara sekarang ini tidak ada agensi yang membela orang susah itu. Tetapi realitinya pengurusan untuk memelihara kebajikan masyarakat masih kurang cekap. Kalau dilihat Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifaurasyidin, ia merupakan entiti pemerintahan yang berasaskan ihsan.
Begitu juga dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan kerajaan yang sifar kefakiran. Baitulmal mencari orang miskin dan susah tetapi tidak ditemui di kota Damsyik.
Bagaimana mereka melakukannya sedangkan orang sekarang tidak mencapai tahap keihsanan itu? Atau adakah ia merupakan hanya satu mitos dan legenda untuk mendorong umat Islam ke arah kebaikan? Ahli sejarah boleh mengkaji zaman-zaman gemilang itu. Tetapi persoalan di sini ialah pelaksanaannya dalam keadaan kuasa terhad.
Untuk melihat perkara ini, ia harus bermula dengan keperluan pertama masyarakat iaitu keselamatan. Maknanya, sebelum membicarakan kebajikan, warga sesebuah negara mestilah selamat, daripada ancaman luar dan dalam.
Maka di sini dapat diperhatikan bahawa Kementerian Pertahanan adalah pihak yang melindungi rakyat daripada ancaman luar. Sementara Kementerian Dalam Negeri melindungi rakyat daripada ancaman dalam negara.
Sebagai contoh, waktu ini negara tidaklah menghadapi ancaman luar dalam bentuk serangan tentera asing. Tetapi ancaman dari dalam negara adalah besar, iaitu dalam bentuk jenayah. Mengapa berlaku kegiatan jenayah? Antara faktor utamanya adalah soal desakan hidup, di samping kurang memiliki nilai-nilai murni.
Usaha membanteras jenayah membabitkan banyak segi yang pelbagai. Umpamanya, di samping membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan, soal budaya nilai-nilai murni wajar diambil kira juga.
Maka Kementerian Kebajikan bukan saja institusi berbentuk mengagihkan dana tetapi ia juga sebuah agensi dakwah.
Pada masa ini banyak badan yang memberikan sumbangan serta berperanan membela orang susah sehingga tidak dapat dirumuskan siapa buat apa.
Tetapi ternyata di tengah- tengah masyarakat masih ada golongan mengemis dan gelandangan. Justeru sistem yang ada sekarang ini kurang berkesan.
Perlu diakui juga bahawa dalam masyarakat akan sentiasa ada manusia yang tidak mampu untuk hidup berdikari. Mereka perlu bantuan langsung dan hangus.
Justeru mestilah ada sistem kesihatan percuma, pendidikan percuma, pengangkutan awam percuma dan perumahan percuma bagi golongan yang tidak mampu berdikari ini.
Maka Kementerian Kebajikan dalam sesebuah negara berkebajikan mempunyai peranan paling penting, dan ia berasaskan pada semangat Khulafaurasyidin, termasuk Khalifah Umar Abdul Aziz.

No comments
Post a Comment