Najib Dan Hishamuddin Munafik? Rakyat Dah Sedar Lama
PAS: PM, Hisham perlu kota janji, hargai pendirian Bersih
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Kerajaan tidak seharusnya mengharamkan Bersih 2.0 dan apa sahaja yang berkaitan dengan warna kuning ekoran keputusan sekretariat gabungan itu mahu mengadakan perhimpunan di stadium di ibu negara, kata ahli jawatankausa PAS pusat Khalid Samad.
Kelmarin, Bersih 2.0 memutuskan bahawa ia sanggup membatalkan perhimpunan jalanan, sebaliknya akan berhimpun di Stadium Merdeka.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerahkan kepada polis untuk mengadakan perbincangan dengan Bersih 2.0 dan bergantung pada polis untuk menentukan.
Kabinet yang bermesyuarat semalam juga memutuskan tidak akan membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara atas alasan ia satu kumpulan yang masih haram selain faktor keselamatan.
Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Najib bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.
Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.
Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.
Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, rakyat ingin melihat sejauhmana pentadbiran Najib akan mengotakan apa yang mereka janjikan sebelum ini.
“Cadangan untuk diadakan di stadium telah terlebih dahulu dicadangkan oleh Hishammuddin dan diulangi oleh Najib sendiri. Oleh itu, sekarang kita ingin melihat sejauhmana pihak kerajaan BN akan mengotakan apa yang mereka sendiri nyatakan,” kata beliau dalam tulisan blognya.
Kata Khalid, apabila Himpunan Bersih 2.0 tidak lagi dianggap sebagai perhimpunan haram, maka sebarang sekatan jalan oleh pihak polis tidak lagi perlu diadakan.
“Tuduhan Bersih adalah pengkhianat dan ejen asing tidak perlu diulangi. Drama minggu ini yang mempamerkan berbagai jenis senjata dan ‘Molotov cocktail’ dalam botol plastik juga tidak perlu diteruskan,” tulis beliau lagi.
Sebaliknya Yang Dipertua PAS Shah Alam ini memberitahu, pihak keselamatan seharusnya memikirkan langkah yang perlu diambil bagi memudahkan perhimpunan Sabtu ini diadakan.
“Mereka harus menghalang mana-mana pihak yang ingin mengganggu perhimpunan tersebut. Ia patut dilayani seperti mana-mana perhimpunan yang sah seperti perhimpunan ‘1 Juta’ belia di Putrajaya tempoh hari,” kata beliau.
Menurut Khalid, sekiranya usaha menghalang dan mengharamkan tetap diteruskan, ini bererti tawaran Hishammuddin dan Najib tidak ikhlas.
“Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa titah Yang di-Pertuan Agong yang inginkan isu ini ditangani secara adil dan bijaksana, tidak diendahkan sama sekali oleh pihak kerajaan yang tetap berkeras dengan agenda yang ingin menundukkan rakyat dengan apa cara sekali pun,” katanya.
Khalid berkata adalah tidak munasabah pihak keselamatan bertindak sedemikian rupa apabila perhimpunan ini telah dipersetujui dan diberikan kelulusan oleh pihak kerajaan sendiri.
“Sebagai contoh, kesesakan lalu lintas yang jelas dihasilkan sekatan jalan raya pada 6 Julai (semalam), sedangkan kesediaan Bersih untuk memindahkan perhimpunan ke stadium telah dinyatakan sejak semalam (kelmarin) lagi. Atau apakah mungkin pihak keselamatan sudah tidak mengendahkan lagi arahan Perdana Mentei dan Menteri Dalam Negeri?” kata beliau sambil menambah hasil pertemuan kepimpinan Bersih dan Yang di-Pertuan Agong sekali lagi membuktikan keikhlasan mereka dengan menyatakan kesediaan mereka untuk menganjurkan perhimpunan tersebut di dalam sebuah stadium di ibu negara.

No comments
Post a Comment