Ulasan Isu: Untuk pilihan raya bebas, adil dan bersih
Komentar Roketkini
4 JULAI – Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dalam perkembangan politik semasa amat penting bagi memastikan keadilan, keharmonian dan kestabilan negara.
Sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka berhubung cadangan perhimpunan aman Bersih 2.0 untuk menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih, ia memberi gambaran pandangan jauh dari kaca mata seorang Ketua Negara.
“Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat,” titah Baginda dalam satu kenyataan.
Seri Paduka sedar hasrat hati rakyat yang mahu melihat negara ini mengamalkan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih selaras dengan jaminan-jaminan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Bersih 2.0 telah mengemukakan tuntutan:
1. Bersihkan senarai undi
- Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal dunia.
- Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
- Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
- Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
- Undi pos mesti dijalankan dengan telus; ejen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
- Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minimum 21 hari
- Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
- Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihan raya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
- RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan dengan wang rakyat. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
- Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
- Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
- Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil;
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak;
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat;
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa;
Polis Diraja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
- Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan secara adil dan saksama.
8. Hentikan politik kotor
- Semua parti politik mesti menghentikan politik kotor.
Siapa timbulkan kekacauan?
Menyedari hal ini, Yang di-Pertuang Agong menyeru semua pihak supaya menyuburkan demokrasi dalam negara dengan memastikan bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Sememangnya Baginda sedar bagaimana tunjuk perasaan yang ganas di negara-negara luar telah menimbulkan pelbagai masalah dalam sesebuah negara itu sehingga kestabilan tergugat.
Di Malaysia pula, rakyat mahu mengadakan perhimpunan secara aman, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO dan lidah rasminya Utusan Malaysia telah menimbulkan pelbagai kekacauan untuk membangkitkan keadaan huru-hara di negara ini.
Dengan menyekat hak dan menangkap rakyat semata-mata kerana memakai t-shirt kuning, tindakan kerajaan BN telah menampakkan betapa bencinya mereka kepada kebebasan dan hak asasi rakyat mengikut lunas-lunas Perlembagaan.
Dengan itu, Seri Paduka telah menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
“Yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri atau pun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun,” titah Baginda.
Seri Paduka mengemukakan jalan keluar kepada permasalahan yang ditumbulkan oleh kerajaan BN, iaitu dengan pihak kerajaan mengadakan rundingan bersama penganjur-penganjur Bersih 2.0.
Najib perlu hentikan tindakan zalim
Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Najib perlu menghentikan tindakan-tindakan ganas dan tidak bertamadun yang telah memburukkan imej negara di mata dunia kerana telah membiarkan demonstrasi liar anti-Bersih yang diadakan oleh penyokong-penyokong UMNO dan Perkasa, serta tangkapan-tangkapan terhadap sesiapa yang memakai baju kuning.
“Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Memang demonstrasi jalanan yang ganas seperti yang dilakukan oleh penyokong UMNO dan Perkasa di Pulau Pinang pada Jumaat lalu mebawa keburukan.
Apa yang Bersih 2.0 mahu adalah perhimpunan secara aman, selaras dengan semangat Allahyarham Dato’ Onn menganjurkan perhimpunan aman menentang Malayan Union kira-kira 65 tahun lalu.
“Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah Seri Paduka lagi.
Sememangnya rakyat prihatin akur dengan titah Agong dan mahu menyelesaikan masalah melalui rundingan.
Tetapi selama ini perbincangan, sama ada dengan SPR atau mana-mana pihak kerajaan, untuk mengadakan pilihan raya bebas, adil dan bersih seperti “mencurah air di daun keladi”.
Isu yang berbangkit hari ini bukan sekadar perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Perhimpunan aman itu hanya bertujuan menyampaikan niat dan hasrat rakyat.
Niat dan hasrat itu ialah supaya kerajaan yang dipilih oleh rakyat menghormati pandangan rakyat yang mahu amalan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bebas, adil dan bersih. Ia boleh bermula dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Hak berhimpun secara aman dijamin Perlembagaan
Rundingan tidak pula bererti menggadaikan hak-hak semua pihak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perhimpunan aman Bersih 2.0 masih boleh diadakan selagi ia mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
Najib sendiri telah menjayakan Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini yang dihadiri oleh beberapa puluh ribu rakyat dalam keadaan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya terlebih menggunakan kuasa kerana pangkat dan kuasa mereka adalah amanah rakyat.Yang penting, perhimpunan aman mesti kekal sebagai perhimpunan aman.
Jika rundingan dapat memastikan pilihan raya akan datang dilaksanakan secara bebas, adil dan saksama, maka ia adalah harapan semua rakyat prihatin.
Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO perlu akur dengan titah Agong supaya tidak “mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang” sebaliknya berbuat kebaikan untuk memastikan harapan Najib untuk “mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian” berjaya.
Dengan menangkap rakyat yang tidak bersalah dan mengugut serta mengancam rakyat yang mahu kepada piliahn raya yang adil dan bersih tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
Akur lah dengan titah Yang di-Pertuan Agong; bebaskan mereka yang telah ditahan dan gugurkan tuduhan-tuduhan terhadap mereka.
Runding lah dengan cara yang terhormat dan bertamadun. Cari jalan untuk tunaikan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang bakal menjamin kebersihan, keadilan dan kesaksamaan dalam proses pilihan raya di Malaysia. – Roketkini.com

1 comment
Monday, July 4, 2011
Pas gali kubor sendiri
Oleh kerana Pasrael sedar mereka telah menjadi mangsa keterlanjuran ambigau, anuwar berahi, dan komunis maka pasrael terpaksa menempuh bara yang di reka khas oleh deeayypig dan peegayrar.
Di tambah pula apabila pihak polis menutup terus pintu rundingan atau sebarang tolak ansur kerana mereka masih berdegil memilih untuk meneruskan perhimpunan haram. Kini Pasrael mula merasa gundah bila melihat ramai pemimpin2 fuckatan di cekup, bantahan demi bantahan oleh rakyat dan golongan peniaga serta NGO2 yang bakal menjadi mangsa kerakusan peserta demo bershit nanti
Mereka terpaksa menutup kebimbangan demi memastikan penyokong2 mereka tetap bersemangat menyertai demo bershit. Mereka juga sebenarnya lebih risau kerana mereka telah melakukan satu kesalahan serius iaitu cubaan memerangi yang di pertuan agung
Posted by Kenn at 8:30 PM
Post a Comment