Kenny Dalglish tinggalkan Liverpool
TIDAK sampai seminggu selepas persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir, Kenny Dalglish memutuskan untuk meninggalkan jawatan pengurus Liverpool.
Pengurus berusia 61 tahun ini dilaporkan mengambil keputusan melepaskan jawatan pengurus ekoran prestasi kurang memberangsangkan kelab itu pada musim kali ini.
Laporan media menyebut Dalglish mengambil keputusan itu selepas perbincangan dengan pemilik utama Liverpool, John W Henry dan Tom Werner di Boston, semalam.
Kelab itu hanya menduduki tempat kelapan dalam saingan EPL kali ini.
Selain muncul naib juara Piala FA, Liverpool memenangi kejohanan Carling Cup.
Pengurus Wigan, Roberto Martinez dan bekas ketua Liverpool, Rafael Benitez disebut-sebut sebagai calon bakal mengemudi pasukan itu selepas ini.
No comments
Post a Comment