Kisah Syarip Dol Samseng Kg Dusun Oleh Tuan Ibrahim. Sila Baca
Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kg Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kg Dusun. Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol. tambahan pula beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu. Mereka rasa ok juga Syarip Dol kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi nyanya. Hasil penipuan kadar perahan ini Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang lenang hasil penipuan tersebut.
Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini. Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kg Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik. Berita ini membimbangkan Syarip Dol menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kg Dusun dari menjual ke kilang lain. Lalu ia kumpulkan penduduk Kg kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun, hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kg Dusun. Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain.
Maka diadakan majlis anugerah, diwar war seluruh Kg Dusun Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung. Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, melayu, cina, asli, dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kg Dusun.Sarip Dol cukup seronok bila penduduk Kg keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol, Hidup Syarip Dol. ia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga bila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia. Maka sampai masa dinanti nanti Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kg Dusun lelaki perempaun, dan anak anak. Lalu bertempik soraklah penduduk kg, ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh. Lalu bergemalah ucapan hidup Syarip Dol, Hidup Syarip Dol. lalu syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kg Dusun, apakah tuan tuan nak jual di kilang lain lepas ini.... Serentak jawapan tidak. Tidak kami sokong Syarip Dol. mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula. Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ni.....
Sekadar renunangan untuk senyuman pagi.
http://www.facebook.com/ustaztitm/posts/402677006439312

No comments
Post a Comment