Najib akan pasti mengalami kerugian besar dari sudut politik, sekiranya Anwar, Azmin dan Badrul didakwa, kes pertama dibawah Akta Perhimpunan Awam
Ucapan oleh Lim Kit Siang di majlis perasmian Cawangan DAP Triang di Triang, Pahang pada hari Selasa, 22hb Mei 2012 pada jam 3 petang:
Najib akan pasti mengalami kerugian besar dari sudut politik, sekiranya Anwar, Azmin dan Badrul didakwa, kes pertama dibawah Akta Perhimpunan Awam
Saya berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi dimana Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR Azmin Ali serta Badrul Hisham telah didakwa berhubung dengan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang mungkin menyebabkan mereka tidak layak memegang jawatan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak untuk bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen sekiranya dikenakan denda yang melebihi amaun RM2,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pasti mengalami kerugian besar dari sudut politik sekiranya kes pendakwaan Anwar, Azmin dan Badrul, sebagai kes pertama untuk didakwa dibawah Akta Perhimpunan Awam yang tentunya akan mencemari nama baik beliau dan usaha beliau dalam pelbagai program transformasi, terutamanya Program Transformasi Politik.
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah memberi amaran dalam sidang Parlimen bahawa janji-janji Najib untuk menggubal atau memansuhkan undang-undang drakonian yang tidak berdemokratik dan peruntukan-peruntukan baru yang lebih menindas dimana undang-undang baru ini yang menggantikan undang-undang yang lama sememangya lebih mengongkong dan menindas – yang dilihat dalam dakwaan yang dilemparkan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul.
Pendakwaan ini juga menyampaikan satu mesej yang jelas kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada ratusan ribu tidak kira kaum, agama, kawasan, jantina dan umur yang telah berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 28 April, dengan hanya ‘bersenjatakan’ garam dan air berbotol untuk melindungi diri mereka dari tembakan gas pemedih mata dan semburan air yang telah dicampur dengan bahan kimia, dengan satu mesej yang nyata kepada pimpinan Najib yang mereka mahukan pilihanraya bersih untuk Malaysia yang bersih.
Adalah jelas, Najib memandang rendah terhadap tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih untuk Malaysia yang bersih.
Najib harus sedar bahawa tindakan beliau akan membawa bencana dalam pilihanraya umum yang akan datang dengan keangkuhan kuasa dan penghinaan terhadap aspirasi rakyat Malaysia merentasi kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur.
Najib harus mengambil mengambil perhatian dan mengikuti teladan bekas Peguam Cara Negara II yang telah mengetuai pihak pendakwa terhadap perbicaraan kes Sodomi II Anwar, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang kini telah mewakili pihak pembela bersama Karpal Singh.
Jika Perdana Menteri tidak dapat mentafsir isi tersirat dan implikasi Yusuf dalam pembelaan Anwar, bererti beliau bukanlah sebijak seperti yang disangka.
Dakwaan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul sebenarnya adalah isu terbaru dalam kempen fitnah terhadap Bersih 3.0, dengan memporak perandakan keadaan dan bukannya untuk memulihkan keadaan. Saya ingin menegaskan seruan saya kepada Najib untuk menghentikan semua kempen fitnah terhadap Bersih 3.0 untuk menawan semula keyakinan masyarakat umum dan kredibiliti atau bersedialah untuk berhadapan dengan kerugian besar dari sudut politik dalam pilihanraya umum yang akan datang.
*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
No comments
Post a Comment