Tarikh PRU13 satu permainan dera rakyat


Oleh SELENA TAY

TERLEBIH dahulu penulis ingin menekankan di sini bahawa artikel ini bukanlah satu artikel untuk menyokong tabiat perjudian tetapi adalah bertujuan untuk menegaskan bahawa perjudian adalah satu maksiat yang harus dibanteras.

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) negara kita bagaikan satu permainan daun terup sebab rakyat seolah-olah telah diberi peranan untuk meneka sama ada Perdana Menteri Najib Tun Razak mempunyai kad kemenangan ataupun tidak dan bilakah kad kemenangan itu akan digunakan.

Tarikh PRU13 ini bagaikan satu tarikh yang keramat untuk PM Najib, iaitu satu tarikh yang boleh memberikannya nasib 'ong' (dalam loghat masyarakat Cina: nasib yang amat baik).

Oleh itu, rakyat 1-Malaysia terpaksa menunggu dengan hati yang berdebar-debar untuk Parlimen dibubarkan dan tarikh PRU13 diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Iklim politik 1-Malaysia amat bergantung kepada tarikh ini dan rakyat seolah-olah telah dijadikan 'hostage' ataupun 'orang tebusan' oleh tarikh ini.

Ini juga telah membuat rakyat rasa marah terhadap kerajaan BN yang dilihat sedang mendera ataupun sedang perli rakyat dengan menyembunyikan tarikh ini bagaikan sesuatu rahsia yang tiada tolok bandingannya.

Dan ini juga adalah puncanya mengapa ramai rakyat Malaysia turun ke padang pada hari Sabtu 28 April lalu untuk menyatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh kerajaan BN kepada rakyat.

Sudah beberapa rakyat Malaysia telah diberi petunjuk bahawa PRU13 akan diadakan tetapi setiap kali ia hanya acah sahaja contohnya Mac 2011, Jun 2011, November 2011 dan akhir sekali Mac 2012. Rakyat 1-Malaysia telah dipermainkan oleh Kerajaan BN dengan permainan yang bodoh, gila dan membazirkan masa ini.

Kerajaan BN mesti menghentikan permainan tarikh PRU13 ini dengan serta-merta sebab rakyat sudah marah dan muak dengan 'game' seperti ini.

Cukuplah, BN. Nanti rakyat akan berkata "Game over, you have been terminated" (permainan tamat, anda telah disingkirkan).

No comments

Powered by Blogger.