Kuwait jadi orang tengah kendur ketegangan di Teluk



Sheikh Sabah (tengah), Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani (kiri) dan Raja Salman (kanan). - Foto EPA

KUWAIT CITY: Emir Kuwait semalam menerima kunjungan wakil Arab Saudi dan menelefon pemerintah Qatar dalam usaha menjadi pengantara selepas Riyadh dan beberapa negara Teluk memutuskan hubungan dengan Doha.

Agensi berita KUNA melaporkan, penasihat Raja Salman dan Gabenor Makkah, Putera Khaled al-Faisal, menyampaikan mesej lisan kepada Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah berurusan dengan 'hubungan dua hala dan perkembangan terbaru serantau dan antarabangsa.

Ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungan mesej yang disampaikan pada hari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain, bersama-sama Mesir, memutuskan hubungan dengan Qatar. Sheikh Sabah kemudian menghubungi Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan meminta beliau supaya tidak mengambil langkah yang akan memburukkan keadaan.

Pemerintah Kuwait juga menghubungi Sheikh Tamim 'untuk memberikan peluang kepada usaha mengekang ketegangan dalam hubungan antara saudara'. Kuwait, anggota pakatan Majlis Kerjasama Teluk dianggotai enam negara, tidak menyertai negara lain memutuskan hubungan dengan Qatar.

Pemerintah Kuwait itu memainkan peranan penting dalam krisis sama pada 2014 yang akhirnya menyelesaikan perbalahan antara Qatar dan jirannya. AFP

No comments

Powered by Blogger.