Seminggu gaji dah mampu beli
Pemain bolasepak dengan kereta mereka. FOTO AGENSI/INSTAGRAM
Daily Mail
CRISTIANO Ronaldo hanya perlu bermain bolasepak lebih lima jam untuk membayar Bugatti Veyron manakala pemain Manchester City Jesus Navas mampu membeli sebuah Nissan Micra setiap 11 minit.
Ronaldo yang dianggap pemain terbaik planet ini sekarang memilih salah salah kereta paling laju dan mahal untuk membawanya dari A ke B iaitu kereta Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse bernilai £1.8juta (RM9.9j).
Bintang Barcelona Lionel Messi pula memilih Ferrari F430 Spider yang memiliki 503 kuasa kuda (bhp) dan mampu mencapai kelajuan 320 km/h.
Kelajuan itu sedikit perlahan dibandingkan Bugatti dengan kelajuan 402 km/h tetapi pada harga £173,000 (RM950,000) kereta Ferrari Messi menawarkan nilai lebih baik.
Pemain Argentina itu hanya perlu bermain 31 minit dan 32 saat untuk membeli Ferrari itu dan bermakna dia mampu membeli tiga kereta Ferrari untuk setiap 90 minit perlawanan.
Secara perbandingan Ronaldo mesti bermain lima jam 15 minit untuk keretanya yang dianggap begitu unggul apatah lagi dengan pendapatan £365,000 (RM2j) seminggu di Real Madrid.
Pemain bolasepak elit tidak pernah mengecapi kekayaan sebagaimana sekarang.
Gaji terus meningkat secara mendadak dengan pemain tidak perlu menunggu lama untuk mendapat satu juta pound (RM5.4 juta) seminggu.
Dengan jadual sibuk dan mempunyai banyak wang dalam bank, pemain bolasepak seperti biasa lebih suka membuat pelaburan dalam kereta berprestasi tinggi dan mewah.
Dalam satu kajian menerusi Carspring, ramai pemain tidak masalah mendapatkan kereta mahal malah George Boyd dari Burnley pun mampu melangsaikan kereta berharga £750,000 (RM4.1j) dalam tempoh satu musim saja.
Penjual kereta atas talian pertama Eropah itu turut melakukan beberapa penyelidikan serta pengiraan untuk melihat tempoh diperlukan oleh 256 pemain bolasepak berpendapatan tinggi untuk membayar kereta pilihan mereka.
Kajian membabitkan lima liga elit Eropah termasuk Liga Super China yang kaya raya.
Navas yang baru dilepaskan oleh Manchester City menduduki senarai teratas 256 terbabit kerana dia memilih untuk memandu Nissan Micra yang hanya berharga £11,800 (RM65,000). Dia mampu membeli lapan Micra setiap perlawanan dan hanya memerlukan masa selama 11 minit dan 17 saat.
Carlos Tevez mengekori rapat dengan 11 minit dan 35 saat atas sebab berbeza.
Pemain Argentina itu yang menerima pendapatan £635,000 (RM3.4j) seminggu di Shanghai Shenhua memandu Porsche Panamera Turbo S di China bernilai £115,100 (RM632,000).
Itu sudah tentu terlalu kecil dengan nilai pendapatannya.
Pemain Terbaik PFA N'Golo Kante juga memandu kereta sederhana iaitu Mini Cooper SD manakala bintang Swansea Fernando Llorente memacu Fiat Punto untuk menandu di selatan Wales.
Penjaga gol Juventus Gianluigi Buffon membuktikan semangat jati Itali memandu kereta klasik Fiat 500 yang dibeli dengan hanya beraksi 19 minit dan 48 saat di atas padang.
Penyerang Spurs, Harry Kane memandu Jaguar F Pace.
No comments
Post a Comment