Raja Thai dibedil dengan pistol mainan




FOTO Reuters


am@hmetro.com.my


MUNICH menjadi agak kecoh sedikit apabila dua kanak-kanak menembak Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dengan pistol mainan.

Jurucakap pendakwa di Lanshut, Thomas Rauscher, berkata insiden itu berlaku ketika Raja Thai itu menaiki basikal di Erding, dekat Munich, pada petang 10 Jun lalu.

Menurutnya, kejadian berkenaan baru diketahui semalam.

Rauscher berkata, dua kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun itu turut menembak kereta raja itu tetapi tidak diperincikan pula sama ada raja itu cedera atau tidak.

Rauscher berkata, pejabat pendakwa raya kini sedang meneliti insiden berkenaan dan melakukan siasatan ke atas budak 14 tahun kerana disyaki cuba mencederakan raja itu.

Bagaimanapun, katanya, budak 13 tahun tidak disiasat kerana di bawah umur.

Menurutnya, Raja Thai itu tidak membuat laporan kejadian berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.