PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil



Amy merupakan bekas pesakit Thyroid Cancer Stage 1. Alhamdulillah disahkan clear cancer pada bulan 03/2017 atas izin Allah S.W.T selepas bertarung selama hampir 2 tahun. Sememangnya benar dan terus amalkan. Semoga bermanfaat buat sahabat handai yg melaluinya.

PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil.

Setiap kali lepas sembahyang baca

Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas Nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali

Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati."

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

S U R A H A L - F I L

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5]

Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil (1)
Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil (2)
Waarsala 'alaihim toiran ababil (3)
Tarmihim bihija ratim minsijjil (4)
Faja'alahum ka asyfim makkul (5)

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2)

Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4)

Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)

---------------------

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.

2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)

* Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

* Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

* Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

*Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

#PS: Dr H pesan "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt".

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.

No comments

Powered by Blogger.