Towering Inferno: Grenfell Tower London dan Diskriminasi Kemanusiaan
Sekitar 1980an dulu ada filem Hollywood, "Towering Inferno" yg selalu ditayang di kaca TV kita. Gambarannya sangat mengerikan, seluruh bangunan puluhan tingkat terbakar. Di alam realiti, tidak pernah ada berita bangunan yg terbakar keseluruhannya dari bawah hingga atas kerana setiap unit dlm bangunan ada sistem rintangan api. Justeru, biasanya ia akan terbakar sebahagian sahaja. Hospital JB yg terbakar tahun lepas pun dapat dikawal dan tidak merebak ke tingkat lain walaupun bangunannya kelihatan agak uzur.
Tetapi kini, ia menjadi satu peristiwa ngeri yg realistik yg menyerupai filem Towering Inferno, iaitu kebakaran apartment Grenfell Tower London tiga hari lalu. Ia berlaku bukan di Asia, bukan di Afrika, tetapi di England, UK, sebuah negara serba maju dan advanced dari semua sudut, pembangunan, teknologi, keselamatan dsb. Ia meragut banyak jiwa dan masih ramai yg hilang, kemungkinan hangus manjadi abu. Ia satu tragedi besar dan agak ganjil dlm sebuah negara maju dan angka korbannya tinggi. Negara spt UK biasanya takut dgn ancaman teroris, tapi kali ini mereka terancam oleh "kelalaian" sendiri. Lalu pelbagai cerita dan persoalan tercetus.
Antara yg agak menarik utk diulas ialah kerana penghuni yg terlibat hampir kesemuanya etnik luar, bukan mat salih berkulit putih berketurunan Anglo Saxon, tetapi dari kalangan berkulit berwarna, dari Afrika dan Asia, termasuk ramai Muslim imigran dari negara bergolak. GT ini perumahan awam yg dipanggil Council House yg kebanyakan unit apartmentnya dimiliki pihak berkuasa tempatan yg disewakan, di samping ada yg juga yg private. Ia baru siap diubahsuai tahun lalu dan banyak aduan dibuat tentang kualiti bahan yg rendah yg melibatkan isu keselamatan. Ada isu penting apabila ia melibatkan org asing kulit berwarna dan imigran yg dianggap sebagai second class citizen.
Council House biasanya dihuni oleh org yg bajetnya rendah. Ada warga UK yg boleh duduk free jika mereka layak dpt housing benefit. Saya antara yg pernah tinggal di CH di UK ketika belajar di sana. Sewanya agak murah krn kualitinya lekeh, lokasinya pinggir bandar dan persekitarannya yg tidak begitu baik. Ia dianggap perumahan kelas bawah utk warga marhaen dan warga luar. Jika ada org2 putih yg tinggal di situ pun, mereka tidak seperti org putih lain, kebanyakannya pemalas dan uneducated serta hidup dgn bantuan kerajaan.
Saya menyimpan banyak pengalaman pahit semasa tinggal di CH, termasuk tingkap pecah dibaling batu, kereta dicuri berkali2 dsb. Dicaci dimaki sudah menjadi kebiasaan, mungkin mereka dengki kerana ingat kami duduk free dan dpt mcm2 social benefit mcm mrk juga (mereka dapat unemployment allowance, children allowance, health benefit dsb). Padahal kami menyewa dan bukan penerima social benefit. Rasisme sangat tebal dan mereka memandang rendah org2 yg kulit berwarna. Muslimah bertudung sering dipandang serong dan diperlecehkan. Ini berbeza dgn masyarakat bandar yg lebih terbuka, mesra, sopan dan beradab.
Bagaimanapun, sebagai bangsa kolonial, mentaliti org Barat ini masih kekal di mana mereka menganggap mereka adalah bangsa yg superior dari bangsa lain. Org Asia dan Afrika sbg bangsa terjajah masih dianggap warga kelas dua yang patut diberi layanan kelas dua juga, kecuali yg benar2 kaya. Justeru, dlm pembinaan fasiliti awam yg dikhususkan utk mereka spt perumahan CH dsb, mentaliti ini juga terzahir. Pihak City Council dikhabarkan memilih kontraktor yg menawarkan tender ubahsuai dengan bajet yg paling rendah. Ubahsuainya hanya superficial, dan aspek keselamatannya terabai.
Semua mekanisme keselamatan kebakaran tidak berfungsi dan akhirnya berlakulah apa yg berlaku spt yg kita lihat. Grenfell Tower walaupun kelihatan indah fizikalnya, dari aspek keselamatannya ibarat bangunan zaman pra kolonial, seolah tiada smoke alarm, tiada pemadam api, tiada water sprinkler dan tiada pintu rintangan api. Ia satu kebakaran berskala besar yg tidak munasabah boleh berlaku di sebuah negara maju. Ia satu tragedi yg berlaku akibat diskriminasi kemanusiaan. Jika apartmen ini dikhususkan utk warga Anglo Saxon dan berprofesion, ceritanya pasti berbeza. Ciri keselamatan akan menjadi prioriti utama yg tiada kompromi. Kerana nyawa mereka lebih berharga dari nyawa org yg berkulit warna!
Itulah wajah Barat yg telah diserlahkan dlm tragedi ini. Mereka telah membina tembok pemisah antara ras dan mempertahankan kasta dalam tamadun dan peradaban manusia era moden. Inilah juga yg terzahir dalam geopolitik dunia hari ini: Barat sedang menjajah dunia dan negara-negara milik bangsa kelas dua dengan kolonialisme berwajah baru!
DSM
23 Ramadan 1438H
No comments
Post a Comment