Wanita temui tiga guni keratan mayat kekasih




Datuk Asri Yusoff (tengah) menunjukkan foto mangsa bunuh, pegawainya pula memegang foto dua suspek, Nur (kiri) dan Zul (kanan). — Foto ihsan Facebook/Polis Kedah

ALOR SETAR, 13 Jun — Kecurigaan teman wanita buruh Bangladesh di Kedah akhirnya menemui mayatnya yang dikerat-kerat dan dimuatkan ke dalam tiga guni.

Wanita 31 tahun itu, warga tempatan, membuat aduan polis semalam setelah mengesyaki Azad Late Mofyanuddin, 38, hilang sejak Jumaat, lapor Harian Metro.

Polis dengan bantuan wanita itu, yang menyimpan salinan kunci, berjaya masuk rumah tersebut di Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani dan terhidu bau busuk. 

Terdapat kesan cecair kehitaman yang mengalir dari belakang kabinet dapur berkenaan dan tiga guni, kata ketua polis Kedah Datuk Asri Yusoff di sini. 

“Ketika guni itu dibuka, polis mendapati terdapat bahagian badan manusia yang dipotong menggunakan senjata tajam,” katanya.

“Kita percaya mangsa sudah dibunuh dan dikerat di dapur berkenaan sejak empat hari lalu iaitu pada 10 Jun.”

No comments

Powered by Blogger.