TERKINI! Juruterbang pesawat TUDM hilang ditemui mati






Pesawat Hawk 108 jenis ini dilaporkan hilang pagi tadi, mayat juruterbangnya ditemui petang ini. – Gambar Malaysian Military Power blogspot, 15 Jun, 2017.

MAYAT dua juruterbang pesawat TUDM yang hilang sudah ditemui berhampiran Chukai, 33 batu nautika dari pangkalan Kuantan.

Ketua Jeneral TUDM Affendi Buang yang membuat pengumuman itu berkata kedua-dua mayat ditemui sekitar jam 2.30 petang tetapi pesawat itu masih belum ditemui.

Mayat ditemui memakai payung terjun, menunjukkan yang juruterbang itu berjaya keluar daripada pesawat.

Ini ialah tragedi kelima membabitkan Hawk 108. Pesawat itu dalam misi latihan.

Awal hari ini, TUDM dalam kenyataan menyebut yang sebuah pesawat Hawk 108 dilaporkan hilang di ruang udara Kuantan antara Terengganu dan Pahang.

“Pesawat berlepas daripada pangkalan Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi hari ini,” kata kenyataan itu.

“TUDM sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.”

Pasukan tentera udara negara mempunyai 19 pesawat Hawk terdiri daripada empat Hawk 108 dan 14 Hawk 208. Pesawat Hawak 108 digunakan untuk latihan penerbangan dan 208 digunakan sebagai pesawat pertempuran.

Semasa pencerobohan Lahad Datu 2013 di Sabah, lima 208 dan tiga F18 Hornet digunakan untuk menyerang tempat persembunyian tentera Sulu.

Pesawat satu enjin itu dibina BAE Systems dan pertama kali digunakan pada 1974. Lebih daripada 1,000 unit dibina dan dijual kepada negara seperti Indonesia, Findland, India, Arab Saudi, Malaysia dan Zimbabwe. – 15 Jun, 2017. 

No comments

Powered by Blogger.