Bersih 2.0: Tiga pihak dipanggil hadap Bukit Aman, tiada permit

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas sambil berkata kesemua pihak — Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan ketiga-tiga pihak berkenaan tidak akan diberi permit untuk berhimpun 9 Julai ini.

“Kenyataan saya hari ini ialah kesemua tiga pihak tidak akan diberi permit untuk berhimpun pada hari yang sama.

“Saya mengatakan dengan tegas bahawa kesemua mereka tidak akan diberikan permit.

“Kedua, saya sudah pun mengatakan bahawa tindaka segera akan diambil dalam hal ini,” katanya.

Ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini, kata beliau, Perkasa, Pemuda Umno dan Bersih menujukkan bahawa mereka mahu meneruskan perhimpunan mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.