Wow! Perkasa Kecam Dan Bidas Persatuan Ulamak!

Karikatur: Perkasa kata Utusan tak hina Islam, menteri dakwa hanya persepsi

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan karikatur disiarkan dalam Utusan Malaysia, akhbar milik Umno semalam hanya menyindir pihak-pihak yang tidak memahami keperluan rakaman video dalam kes zina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata bantahan berhubung kakikatur itu hanyalah persepsi individu yang tidak memahami undang-undang Islam.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Syed Hassan berkata beliau percaya karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan semalam bukan mahu menghina agama Islam, seperti yang didakwa beberapa pihak.

“Kartun itu hanya untuk menyindir pihak lain yang kononnya mahu rakaman video seks terutamanya dalam kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ini memerlukan empat orang saksi, mereka juga telah meminta supaya diadakan qazaf, empat orang saksi.

“Kartun ini bukan untuk menghina Islam, tapi untuk menyindir pihak lain, lagipun apa yang dilakarkan itu menggambarkan apa yang berlaku sekarang,” kata beliau merujuk kepada bantahan Pakatan Rakyat agar rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar tidak dijadikan sebagai bahan bukti.

Malah, Pakatan Rakyat juga mahu “Datuk T” yang dianggotai bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dikenakan hukuman qazaf kerana menuduh Anwar, Ketua Umum PKR tanpa empat orang saksi.

Bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu, Shazryl telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan rakaman video seks itu adalah benar dan Anwar adalah pelakunya.

Semalam, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan mengecam penyiaran karikatur itu sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.

Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Jelas Syed Hassan, sepatutnya PUM melihat lakaran itu secara terbuka dan bukan terus menyalahkan Utusan Malaysia.

Tegas beliau, PUM juga perlu menyokong agar rakaman video seks dijadikan bahan bukti dan meminta agar Anwar dihukum kerana melakukan zina.

“Jadi sepatutnya Persatuan Ulama Malaysia ini minta agar pihak yang melakukan seperti yang digambarkan dalam lakaran itu untuk menerima hakikat.

“Bukan mengecam kartun itu, kita tahu apa yang digambarkan itu berlaku dalam keadaan sekarang dan kita perlu lihat dalam konteks lebih luas, bukan terus menyalahkan Utusan Malaysia.

“Kita bukan mempertahankan Utusan Malaysia tapi Perkasa melihat kartun itu bukan berniat menghina Islam tapi sekadar sindiran kepada pihak lain, ia gambaran sebenar apa yang berlaku sekarang,” katanya.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai “Denmark Malaysia” kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata bantahan terhadap kakikatur itu adalah persepsi untuk individu yang tidak memahami undang-undang Islam.

Justeru beliau meminta agar pihak yang mengecam karikatur itu merujuk kepada peguam syarie.

“Itu (bantahan) persepsi sahaja, persepsi umum tentang orang yang tidak tahu undang-undang dengan orang yang tahu undang-undang.

“Ia sekadar persepsi, kalau anda mahukan kepastian boleh semak dengan peguam syariah, saya bukan pakar dalam hal ini. Tapi dalam undang-undang ada macam-macam cara untuk dijadikan bukti.”

perkasa mesti dah rujuk sheikh utama mereka sebelum buat kenyataan. sheikh al pasir masi, sheikh ibrahim tantawi al azhar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.