DAP tuntut KDN respons, ketuk ketampi bogel aibkan

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 14 Jun — DAP mahu Kementerian Dalam Negeri respons kepada laporan media bahawa dua wanita Singapura digari dan telah diarah melakukan ketuk ketampi dengan berbogel oleh pegawai imigresen Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata tindakan itu mengaibkan maruah dan sesuatu tidak masuk akal manakala wakil rakyat Bakri Er Teck Hwa pula berkata perkembangan itu memberi persepsi bahawa Malaysia sebuah negara tiada undang-undang.

“Anda tidak boleh lakukan ini. Mengapa mereka menyoal siasat wanita-wanita ini sebegini? Ia tindakan mengaibkan,” kata Kulasegaran kepada The Malaysian Insider.

No comments

Powered by Blogger.