YB Yaakob Kesal Program Bersih Uptown Shah Alam Disabotaj Polis

Kehadiran pihak polis di Uptown Shah Alam telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada pengunjung sempena promosi kempen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di sana.

YB DR Hj Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik berkata, suasana semasa promosi tersebut sangat meriah dengan ramai pengunjung hadir ke Uptown dan melawat ke meja pameran sambil mendengar penjelasan tentang BERSIH.

Namun, apabila kehadiran anggota polis yang ramai berkumpul di Uptown pada malam tersebut,suasana terus bertukar menjadi tegang. Malah keadaan menjadi lebih meruncing apabila pihak polis membuat sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan yang teruk.

Beliau juga yang merupakan EXCO Pembangunan Usahawan Negeri Selangor turut menerima aduan dari peniaga bahawa hasil jualan mereka berkurangan selepas terjadinya insiden tersebut.

Dr Yaakob yang turut turun padang melawat kawasan Uptown, tiba pada jam 11:30 malam. Walaupun jaminan keamanan telah diberikan kepada polis, namun pihak polis polis terus mengepung tempat kejadian sehingga jam 3 pagi.

Malah, beliau juga mendesak agar polis membayar segala ganti rugi yang ditanggung oleh peniaga dan pihak pengursan Uptown atas tindakan mereka.

Menurut beliau lagi, tindakan pihak polis tersebut jelas menjejaskan mata pencarian peniaga-peniaga di sana.

PEJABAT YB DR HJ YAAKOB BIN SAPARI

EXCO PEMODENAN PERTANIAN,PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN PENGURUSAN SUMBER ALA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.