Alumni kecewa UM tidak dipilih universiti Apex
KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) kecewa apabila universiti itu tidak dipilih bagi menyertai Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Apex), sebaliknya Universiti Sains Malaysia (USM) yang mendapat status berkenaan.
Presiden PAUM, Datuk Noordin Abd Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, PAUM hairan bagaimana universiti tertua yang juga diberi ranking dunia ke-246 diketepikan sementara USM yang ranking dunianya lebih rendah iaitu di tempat 307 dipilih untuk diberikan status itu.
Katanya, kajian Sistem Penarafan IPT Malaysia (Setara) yang diumumkan Kementerian Pelajaran pada April lalu mendapati UM mencapai tahap cemerlang dengan mendapat taraf lima bintang dan USM hanya mendapat taraf tiga bintang.
“UM adalah universiti tempatan yang mempunyai paling banyak program akademik yang diiktiraf oleh agensi dan pertubuhan antarabangsa dan universiti yang menerbitkan paling banyak makalah berkualiti dalam jurnal terkemuka dunia,” katanya.
Katanya, PAUM berpendapat pemilihan itu perlu dibuat secara lebih telus dan terbuka serta kriteria yang digunakan perlu dinyatakan dengan sebaik mungkin agar universiti tempatan yang lain tidak berasakan pemilihan itu tidak adil.
USM dipilih untuk menyertai Apex pada Rabu lalu dengan mengetepikan tiga universiti lain iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan transformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.
Mengenai UM sebagai universiti tertua negara yang tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata: “Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain akan dipinggirkan sebaliknya diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia.” — Bernama

No comments
Post a Comment