Hanya Bahasa Kebangsaan Untuk Papan Tanda Di KL
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.
Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup berkata sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang "terlarang", DBKL akan menurunkannya dengan segera.
"Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang boleh melakukannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Salleh berkata beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu ia tidak diturunkan.
Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.
Sebuah akhbar tempatan hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil.
Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee menyifatkan tindakan Teresa itu seolah-olah menidakkan undang-undang sedia ada berkenaan perkara itu.
"Kita ada prosedur dan undang-undang daripada PBT mengenai perkara ini, jangan tukar sewenang-wenangnya (nama jalan daripada tulisan jawi yang telah diluluskan kepada tulisan Tamil, Cina dan Inggeris) kerana ini akan menghangatkan lagi sentimen perkauman," katanya.
Katanya Teresa sepatutnya berbincang dengan DBKL untuk memberi pandangan sekiranya tidak berpuas hati dengan nama jalan tulisan jawi berkenaan.
Oleh itu, Syed Ali meminta DBKL mengambil tindakan segera bagi menangani perkara itu supaya ia tidak berlarutan.
"DBKL tidak boleh berdiam diri, sekiranya perkara ini berlaku tidak mustahil perkara sama turut akan dibuat di tempat lain," katanya.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment