jabatan agama islam pahang buat apa?


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Sebahagian penduduk yang menjadi pengikut ajaran sesat 'Guru Yahu' di Kampung Sri Damai di sini dikatakan sering bersikap mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat setempat.

Sikap yang ditunjukkan oleh mereka sekali gus menjejaskan semangat perpaduan yang selama ini tertanam di kalangan masyarakat kampung tersebut.

Malah, gelagat mereka juga telah menimbulkan perasaan sangsi di antara satu sama lain.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Pok Lan, 52, berkata, sejak pengasas ajaran itu yang dikenali sebagai Bang Chik tinggal di hujung kampung tersebut kira-kira 10 tahun lalu, semangat perpaduan penduduk semakin tergugat.

"Mereka (pengikut sama ada penduduk kampung mahupun orang luar) tak bergaul sangat dengan orang kampung dan suka buat hal sendiri. Mereka juga lebih selesa tinggal dekat dengan rumah Bang Chik di hujung kampung," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya lagi, keadaan yang berlarutan tersebut menyebabkan penduduk kampung berkenaan kini tidak lagi mengendahkan apa yang dilakukan oleh kumpulan ajaran sesat itu.

"Kami pun dah tak ambil tahu sangat dengan kegiatan Bang Chik dan pengikutnya sebab mereka memang tak suka nak bergaul dengan kami semua," katanya.

Tinjuan Kosmo! Ahad semalam turut mendapati kebanyakan penduduk kampung tersebut yang menjadi pengikut ajaran terbabit berkumpul dalam rumah Bang Chik dan tidak bergaul dengan masyarakat setempat.

Malah, kawasan hujung kampung yang menjadi tempat tinggal mereka juga didapati sunyi dan tiada kegiatan bermasyarakat.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang hanya dikenali sebagai Mat, 39, berkata, bilangan kenderaan yang memenuhi halaman rumah Guru Yahu kini semakin berkurangan sejak pertama kali disiarkan Kosmo! pada 2 September lalu.

Pada 2 September, Kosmo! melaporkan pendedahan bekas pengikut wanita ajaran songsang seorang lelaki yang dipanggil Guru Yahu di sebuah markas di Kampung Sri Damai dekat sini yang dikatakan memberi jaminan syurga kepada pengikutnya.

jangan bagi orang cakap buka-bukan la

No comments

Powered by Blogger.