kenapa najib bangang untuk minta maaf?

" Mohd Najib Abdul Razak minta maaf? Kenapa pulak??

Begitulah pertanyaan hangat di kalangan penyertaan Rakyat Malaysia, menyentuh episod kenyataan yang ditakrif "perkauman", yang bermula dengan Ahmad Ismail, dan kini sudahpun memuncak setelah laporan polis dibuat oleh beberapa pemimpin dari parti Pakatan Rakyat.

Sebab Pulut Santan Binasa...

Terlajak perahu boleh diundur...

Sebenarnya, episod ini, sama seperti episod lambai keris oleh Hishamuddin Hussein, dan episod seumpamanya, bila dimulakan oleh UMNO, maka kekeliruan pun timbul.

Bila sudah terjadi, kemudiannya, jika tidak meminta maaf, ada pihak terus terhina di Malaysia. Jika meminta maaf pula, ada pihak lain terus terhina di Malaysia.

Inilah dilemma UMNO, ketika ramai pemimpin Melayu dan yang tua bangka memenuhi struktur kepemimpinannya, rata-rata mereka tidak dapat memahami kedudukan UMNO yang mula kehilangan tempat dalam politik tanahair, ketika perubahan mula terasa, kebanjiran generasi muda, yang lebih terbuka, sudah layak mengundi, dan aktif berpolitik.

UMNO itu parti Melayu, dan keutamaannya ialah menjaga hak dan kepentingan Melayu. Tetapi, UMNO jugak adalah parti tunjang Barisan Nasional, peranannya ialah menjaga hak dan kepentingan lain-lain Rakyat Malaysia.

Sebab itulah kekeliruan telah berlaku, dan sedang berlaku, serta terus berlaku, selagi UMNO kekal, dan tidak berubah.

Sepertimana Mahathir Mohamad mengkritik melalui blognya, UMNO kini bukan lagi UMNO seperti dahulu.

Kitapun tahu, UMNO telah tidak menjaga hak dan kepentingan Melayu, dan mula meminggir masyarakat lain yang diwakili oleh parti komponen Barisan Nasional. Sejak 2003, kita menyaksikan Pak Lah ialah UMNO, dan UMNO ialah Pak Lah. UMNO sudah semacam milik Pak Lah.

Semua pemimpin lain dan ahli UMNO mestilah menjaga hak dan kepentingan Abdullah Ahmad Badawi. Terutama, memastikan dia kekal sebagai Presiden UMNO. Tidak kiralah ada desakan atau cabaran supaya dia meletakkan jawatan. Semua hendaklah sama-sama bekerja dan bekerjasama untuk taat setia hanya kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Sebab itulah, masih belum reda, kekeliruan berkaitan Hishammuddin Hussein meminta maaf, perihal melambai keris. Kini, bersambung semula bila Mohd Najib minta maaf, perihal kenyataan Ahmad Ismail.

UMNO telah melalui PRU 12. Sakit perit kegagalannya menerajui Barisan Nasional untuk menawan dua per tiga kerusi Parlimen, masih parah. Dirasakan 50 ke 100 tahun, belum tentu mencukupi untuk merawat UMNO. Ini ditambah pula dengan parah berganda setelah calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional tewas teruk di P 44 Permatang Pauh.

Maka, UMNO perlu masa yang lama untuk pulih dari luka parah ini. Dengan parut yang begitu banyak, UMNO perlukan keamanan dalam menghadapi pemilihan kepemimpinan Disember 2008 ini. Di sini pun menjanjikan luka parah yang baru, besar, dan banyak.

Ketika pemulihan tidak dapat dilaksanakan, pemilihan pula menjadi agenda penting yang mendatang, UMNO berdepan pula dengan kemungkinan Ahli Parlimennya, dan pemimpin dan parti dari Barisan Nasional, yang akan menyertai Pakatan Rakyat, membentuk kerajaan baru, 16 September 2008. Jadi, adakah lagi ruang pada UMNO untuk luka parah yang bertambah-tambah.

Jadi, semua ini menjuruskan para pemimpin UMNO ke dalam keadaan tersepit di antara perlu minta maaf atau tidak perlu minta maaf.

* Ahmad Ismail sudahpun membuat kenyataan. Di cemarah Permatang Pauh, Mohd Najib Abdul Razak ada di majlis itu.

* Beberapa pemimpin parti politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan reaksi.

* Kenyataan Abdullah Ahmad Badawi sehubungan ini, paling mengecewakan.

* Laporan polis telah dibuat, dengan dakwaan hasutan.

* Mohd Najib Abdul Razak memilih untuk meminta maaf kepada Rakyat Malaysia yang berkaitan, termasuklah mereka yang terhina dengan kenyataan Ahmad Ismail itu.

Sesudah meminta maaf, kini Rakyat Malaysia, bertambah keliru kerana para pemimpin UMNO mengelirukan.

UMNO akan terus tersepit bila para pemimpin utamanya hilang fokus, ketika berada dalam keadaan keinginan menjaga hak dan kepentingan pemimpin tertinggi UMNO; menjaga hak dan kepentingan lain-lain pemimpin dan ahli UMNO; menjaga hak dan kepentingan Melayu seluruhnya; menjaga hak dan kepentingan Rakyat dan penduduk di Malaysia.

Bila sahaja satu hak dipenting utamakan, maka selagi lagi UMNO akan berada dalam situasi perlu atau tidak perlu memohon maaf.

Kini apa yang Rakyat Malaysia kehendakki, adalah sama dengan gaya politik yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang diteruskan oleh UMNO terutamanya, juga MCA dan MIC, serta lain-lain parti dalam Barisan Nasional, mula tidak sesuai dalam senario politik semasa, dan telah mula ditolak oleh ramai di kalangan Rakyat Malaysia.

Sebab itulah, 16 September 2008, bakal terus mendedahkan kelemahan para pemimpin UMNO, dan menyerlahkan para pemimpin Pakatan Rakyat, mendukung Agenda Rakyat Malaysia, pembentukan kerajaan baru, dan mengisytiharkan Perdana Menteri yang baru.

Sementara itu, banyak lagi permohonan maaf, akan dilakukan, dalam siri UMNO telahpun kehilangan arah di Malaysia.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15318

No comments

Powered by Blogger.