lemahnya pak lah...lembiknya najib

semua ketua parti komponen BN yang hadir, tanpa berkecuali seorang pun, telah melahirkan perasaan tidak dapat menerima sama sekali terhadap kenyataan Ahmad itu.

Semua ketua parti komponen BN yang hadir, tanpa berkecuali seorang pun, telah melahirkan perasaan tidak dapat menerima sama sekali terhadap kenyataan Ahmad itu.mereka mahu satu tindakan yang tegas diambil.BN tidak boleh mengambil tindakan ke atas Ahmad kerana beliau merupakan ahli Umno - PM

MT Umno Putuskan Nasib Ahmad Esok

Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap orang Cina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusinya mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini. Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dijemput menghadiri mesyuarat hari ini.

Abdullah berkata, semua ketua parti komponen BN yang hadir, tanpa berkecuali seorang pun, telah melahirkan perasaan tidak dapat menerima sama sekali terhadap kenyataan Ahmad itu.

Sehubungan itu, katanya, mereka mahu satu tindakan yang tegas diambil.

Bagaimanapun, kata perdana menteri, BN tidak boleh mengambil tindakan ke atas Ahmad kerana beliau merupakan ahli Umno.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini melahirkan perasaan yang tegas, kecewa dan marah tentang apa yang berlaku,” kata Abdullah.

Mesyuarat hari ini turut dihadiri semua ketua parti komponen BN serta naib-naib presiden Umno dan ketua pergerakan wanita BN.

Tindakan tegas

“Apa yang dicakapkan itu menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat, bukan hanya kepada bukan bumiputera tetapi juga bumiputera, iaitu orang Melayu.

“Bukan hanya di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

“Apa yang telah dicakapkan oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak telah membayangkan perasaan yang terdapat di kedua negeri berkenaan,” kata perdana menteri.

Mereka, tambah beliau, mahu supaya satu tindakan segera dan tegas diambil.

“Tetapi Ahmad sebagai ahli Umno, perlu melalui prosedur parti Umno dan dibawa kepada MT Umno,” tambahnya.

Maka dengan itu, katanya, pemimpin BN telah mengakui prosedur tersebut dan menggesa supaya tindakan diambil dalam MT Umno secepat mungkin.

Sementara itu, pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ketika ditemui, berkata beliau akan menunggu keputusan mesyuarat MT esok dan menilainya.

“Kita setuju supaya tindakan tegas diambil terhadap Ahmad,” katanya.

http://www.malaysiakini.com

No comments

Powered by Blogger.